Tuesday, 27 September 2011

Membantah Penghinaan Kepada Hukum Hudud

Dewasa ini kita mendengar betapa ramai sang jahil turut sibuk membicarakan tentang hukum Hudud dari sudut politiknya.... pelbagai tohmahan secara langsung kepada hukum yang datangnya dari Allah SWT ini.

Tidak dinafikan ia bermula dari sentimen politik kerana itu adalah sumber dan inspirasi kepada PAS yang terjun ke medan politik ini dengan hasrat yang tersurat dan tersiratnya hendak menegakkan hukum Allah di atas bumi bertuah ini sesuai dengan kehendak Allah dan RasulNya.

Episod ini bertambah panas bila PAS dapat menawan Kerajaan Kelantan pada tahun 1990 yang lalu dan sehingga kini Tuan Guru Datuk Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan dikatakan tidak mampu dan bersandiwara kerana kegagalanya menguatkuasakan undang-undang jenayah syariah yang diluluskan dalam DUN Kelantan yang terkandung hukum Hudud ini.

Sekali lagi isu HUDUD ini panas diperkatakan dan isu ini dibangkitkan sekali lagi seakan itu adalah pengecaman kepada tanda-tanda dekatnya Pilihanraya Umum ke 13 yang tiada siapa pun yang tahu kecuali Allah dengan izinNya kepada Najib sebagai Perdana Menteri yang merahsiakan tarikh itu dari rakyatnya.....

Isu ini dibangkitkan tidak lain adalah bermodalkan politik semata-mata kerana ia adalah bentuk perang psikologi terhadap komponen Pakatan Rakyat dan hasrat regim Najib hendak melihat PAS dan DAP bercakaran sesama sendiri kerana mereka tahu betapa syadidnya penolakan si Karpal Singh terhadap islam ini....

Namun regim Najib telah membisu bila mana Tuan Guru MB Kelantan dengan tegas bahawa dia telah menerima ancaman dan ugutan bersurat dari Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir yang melarang undang-undang syariah ni dari terus dikuat-kuasakan di Kelantan atau menghadapai tindakan dari kerajaan persekutuan....

Namun begitu para blogger dan penulis-penulis upahan regim Najib tidak mudah mengalah dan mereka terus menyerang dan mempersenda hukum Hudud ini secara berlebih-lebihan dan dibimbangi akan merosakan Aqidah mereka yang memang dah rosak kerana berimankan kepada sekularisme ini....


Untuk menjawab segala persoalan tentang isu hukum HUDUD ini saya tampilkan sebuah kitab MASTIKA HADIS jilid 1 terbitan Jabatan Perdana Menteri sendiri sebagai panduan kita bersama untuk menjaga dan memelihara Aqidah kita supaya tidak rosak dengan permainan isu HUDUD ini....

saya salinkan semula isi kandungan kitab ini dari muka surat 415 dibawah tajuk kecil;
PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN ROSAKNYA IMAN DAN ISLAM.

Perkara-perkara yang menyebabkan rosaknya iman dan islam itu terbahagi kepada tiga bahagian :

Bahagian pertama : I'tiqad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar islam , iaitu :

1. I'tiqad bahawa alam ini Qadim, tidak ada penciptanya atau alam ini kekal selama-lamanya.

2. I'tiqad bahawa pencipta alam ini baharu, atau menyerupai mana-mana jenis makhluk atau bersifat dengan sifat-sifat baharu atau pun mempunyai anak isteri atau berbilang-bilang atau menerima mati.

3. I'tiqad menafikan kebenaran apa yang disampaikan oleh Rasulullah SAW atau I'tiqad bahawa Nabi Muhammad SAW yang sebenar ialah yang disebutnya Muhammad yang batin bukan Muhammad yang zahir, atau i'tiqad bahawa kerasulan Nabi Muhammad SAW hanya untuk orang-orang arab sahaja atau i'tiqad bahawa HUKUM-HUKUM ISLAM YANG DIBAWA OLEH NABI MUHAMMAD SAW IALAH HUKUM-HUKUM LAPUK YANG TIDAK SESUAI DENGAN KEADAAN ZAMAN, atau i'tiqad mengingkari mana-mana Rasul tuhan, atau i'tiqad bahawa ada lagi nabi dan rasul yang lain yang diutus oleh Allah membawa syariat sesudah Nabi Muhammad SAW penyudah para nabi.
muka surat 416 :

4. I'tiqad bahawa tidak ada dosa dan pahala, tidak ada syurga dan neraka, tidak ada bangkit hidup semula sesudah mati, tidak ada hari qiamat dan segala perkara yang berlaku kepadanya.

5. I'tiqad bahawa ruh orang-orang mati berpindah-pindah dari satu tubuh ke satu tubuh yang lain.

6. I'tiqad agama kafir lebih baik dari agama islam.

7. Perasaan ragu-ragu terhadap mana-mana satu dari perkara-perkara yang tersebut diatas.

8. Berbalik-balik hati diantara hendak menjadi kafir atau tidak, atau bercita-cita hendak menjadi kafir pada masa yang akan datang.

BAHAGIAN KEDUA:

Perkataan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengejek-ejek dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifatNya, malaikat-malaikatNya, rasul-rasulNya, kitab-kitabNya, ayat-ayatNya dan HUKUM-HUKUMNYA serta HUKUM-HUKUM yang diterangkan oleh rasulNya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulama mensabitkanya atau menafikanya serta dihetahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya katanya mengenai mana-mana hukum islam :

1. " Hukum apa ini?"

2. " Hukum ini sudah lapuk...."

3. " Zaman sekarang tak patut diharamkan riba' kerana menghalangi kemajuan..."

4. " dalam zaman yang serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus.."

muka surat 417 :

5. " berzina kalau suka sama suka apalah haramnya..."

6. " minum arak kalau dengan tujuan hendak menyehatkan badan untuk beribadat apa salahnya?.."

7. " berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?.."

8. " kalau hendak sangat menurut hukum-hukum islam sampai qiamat kita tak maju..."

9. berkata.." perbuatan yang demikian tidak beradab..." - apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan menjilat sisa makanan di jarinya...

10. berkata.." aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat.."- apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat....( sebagai contoh kepada penolakkan terhadap sunnah-sunnah Nabi yang mulia )

11. berkata.." si anu dah mulai menyalak.." - semasda dia mendengar azan...

12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis nabi dan nama-nama tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkanya...

13. Kata-kata mengkafirkan seseorang islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikanya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibn Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.

14. Kata-kata menggantungkan jadi kafir dengan sebab sesuatu keadaan ( sila baca sambungan seterusnya dalam kitab ini )...

cuba kita baca dan nilai sendiri kenyataan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini dengan nada kandungan kitab diatas... kita boleh nilai sendiri dengan pertimbangan iman dan islam kita...wallahualam...

depa kata ; Hukum HUDUD tak boleh dilaksanakan sebab kat malaysia ni masyarakatnya adalah majmuk...

aku kata : kepala hotak hang..... mengaji biaq habis dulu baru boleh komen.... masa sekolah dulu ambik subjet lukisansebagai ganti kpd subjet agama...la ni ade hati nak jadi ulama.... pirahhhhh....

Tuesday, 20 September 2011

Surat Terbuka Dari Mat Zain Ibrahim Untuk Tatapan Pencinta Keadilan.....

ANAK ANAK MUDA SEMUA..
MARI KENALI GUA..
NAMA GUA GANI PETAI
GUA ADALAH PEGUAM NEGARA YG TERAGUNG..
DI CIPTAKAN OLEH KAUM BANGSAWAN DERHAKA..
KEPADA AGAMA BANGSA DAN NEGARA..
GUA TIDAK AKAN TUNDUK PADA SESIAPA PUN..
KECUALI JIKA ANAK ANAK MUDA MENGHUMBAN GEROMBOLAN
LEMBUMNO KE MUZIUM NEGARA..
HANYA ANAK ANAK MUDA SAJA YG MAMPU
MAMPU UTK MENYELAMATKAN MALAYSIA INI..
DARI KEJAHATAN YG GUA TELAH LAKUKAN..
KAH KAH KAH


Dakwaan Musa Hassan telah memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes korupsi terhadap Anwar pada tahun 1998 hanya terkesan pada pertengahan tahun 2009. Ini berlaku apabila keterangan beliau berikan dalam perbicaraan kes Pendakwa Raya vs Ramli Yusuff di-Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dikatakan bertentangan dengan keterangan yang beliau berikan dalam kes korupsi Anwar tahun 1998.

-- Mat Zain Ibrahim


Kepada;
YDH Tan Sri Ismail bin Haji Omar,IG,
Ketua Polis Negara,
Polis Di-Raja Malaysia.



Assalamualaikum wbt.
KERAJAAN SAHKAN GANI PATAIL PALSU KETERANGAN
1. Surat ini merupakan lanjutan dan sebahagian daripada surat terbuka saya bertarikh 12.09.2011 bertajuk, “Kenyataan Tertuduh-Benarkah Anwar Dianiaya.”
2. Musa Hassan telah mengeluarkan kenyataan balas menerusi akhbar Berita Harian pada 14.09.2011. Beliau telah menafikan semua dakwaan terhadap diri beliau dan Gani Patail. Beliau bukan setakat menyatakan dakwaan tersebut semuanya dusta, malah turut mengalihkan isu ini sebagai satu konspirasi jahat yang dipelopori olih Anwar.
2.1. Saya menyatakan bahawa sepertimana juga orang lain, Musa Hassan adalah berhak keatas pendapat sendiri dan juga kepada perbicaraan yang adil
3. Walaupun begitu, beliau tidak sepatutnya tanpa usul periksa memperkecil kredibiliti blog-blog. Beliau sepatutnya sedar bahawa fakta-fakta yang tersiar berkaitan isu ini, adalah petikan keterangan saksi-saksi dalam laporan RCI Mata-lebam,
nota prosiding Mahkamah, keterangan dalam kertas siasatan kes berkenaan dan termasuk keterangan beliau berikan sendiri serta Pernyataan Tuntutan yang beliau telah failkan dalam Mahkamah. Saya mengambil tanggung jawab sepenuhnya keatas kebenaran pendedahan yang saya buat.  
Mengapa isu ditimbulkan sekarang.
4. Soalan mengapa isu ini ditimbulkan sekarang sedangkan kes ini berlaku 12 tahun yang lalu,sepatutnya Musa Hassan tujukan kepada Tun Mahathir. Mengapa selepas 13 tahun baru Tun merakamkan memoirs beliau dalam A Doctor In The House.
4.1. Antara lainnya Tun Mahathir mendedahkan pula Musa Hassan yang memberikan taklimat yang meyakinkan beliau mengenai penglibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual.
Padahal beberapa tahun sebelum itu, Y.A.Bhg.Tun Mohammed Hanif Omar pernah mentaklimatkan beliau mengenai perkara serupa, tetapi beliau tidak mengambil berat maklumat tersebut.
4.2. Tentu ada sesuatu maklumat yang sangat istimewa yang Musa Hassan bentangkan hingga meyakinkan Tun.Diharap beliau tidak menuduh pula pendedahan dalam memoirs Tun ini juga adalah sebahagian daripada konspirasi yang dirancang olih Anwar
Isu dalam persoalan.
5. Saya wajar menekankan kepada beliau bahawa isu yang dibincangkan sekarang tidak ada kena mengena dengan isu politik. Malahan tidak ada langsung orang politik yang terlibat dalam dakwaan ini. Pendedahan yang dibuat adalah semata-mata berkaitan penjenayahan, keadilan awam (public justice) dan system keadilan jenayah itu sendiri.
5.1. Dakwaan terhadap Gani Patail dan beliau adalah kerana memberi atau mereka keterangan palsu terhadap Anwar. Serta persoalan sama ada Hakim Mahkamah telah mensabitkan kesalahan berdasarkan keterangan palsu yang diberi atau direka olih mana-mana saksi ketika perbicaraan,atau sebaliknya. 
5.2. Kita tidak bolih membiarkan sebarang penganiayaan dilakukan terhadap mana-mana orang atau diatas apa sebab sekalipun.Bukan sahaja ia salah disisi undang-undang Negara, malah suatu dosa besar mengikut hukum Agama.
Contoh kes lampau.
6. Kejadian dimana Mahkamah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati  terhadap seorang tertuduh berdasarkan satu sahaja keterangan palsu yang diberikan olih seorang saksi, pernah berlaku dalam sejarah kehakiman Negara ini.
6.1. Dalam kes bunuh Jean Perera Sinnappa dalam bulan April 1979, tertuduh S.Kartigesu, ketika itu seorang Pensyarah disebuah Maktab Perguruan di-Ceras KL, telah didapati bersalah membunuh bekas ratu cantik tersebut dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
6.2. Setelah lebih dua tahun S.Kartigesu merengkok dalam penjara menunggu masa untuk digantung,beliau telah dibebaskan olih Mahkamah Rayuan apabila seorang saksi, Jayatilake didapati memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes bunuh itu.
6.3. Sebaliknya Jayatilake pula dipenjarakan 10 tahun kerana memberi keterangan palsu, tetapi beliau telah meninggal dunia dalam penjara 2 tahun kemudian, ketika sedang menjalani hukuman.
6.4. Saya sarankan Musa Hassan membaca journal kes bunuh tersebut. Atau lebih pantas jika beliau mendapatkan butir sepenuhnya daripada Pegawai Penyiasat kes  ini yang beliau kenal sangat.
7. Jika peristiwa seperti diatas bolih berlaku sebelum ini,maka kita harus menerima hakikat perkara serupa bolih berulang. Malah mungkin telah berlaku tetapi telah disembunyikan atau tidak dikesan olih sesiapa. 
 
Keterangan palsu terkesan.
8. Dakwaan Musa Hassan telah memberi keterangan palsu dalam perbicaraan kes korupsi terhadap Anwar pada tahun 1998 hanya terkesan pada pertengahan tahun 2009. Ini berlaku apabila keterangan beliau berikan dalam perbicaraan kes Pendakwa Raya vs Ramli Yusuff di-Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu dikatakan bertentangan dengan keterangan yang beliau berikan dalam kes korupsi Anwar tahun 1998. 
 
8.1. Undang-Undang telah menetapkan bahawa perbezaan diantara “Ya” dengan “Tidak” atau antara “Tahu” dengan “Tidak Tahu” atau antara “Ada” dengan “Tidak Ada” adalah cukup untuk mensabitkan sesaorang itu dengan kesalahan memberi keterangan palsu. Kredibiliti Musa Hassan lebih dicurigai apabila Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu mendapati beliau sebagai seorang saksi yang diragui dan kesaksiannya ditolak.
8.2. Terbit daripada perbezaan dalam keterangan Musa Hassan yang dikesan itu, seorang Wakil Rakyat,Sivarasa Rasiah telah membuat laporan polis dalam bulan Mac 2010 terhadap beliau kerana kesalahan memberi keterangan palsu (perjury) dalam tahun 1998.
8.3. Memoir Tun Mahathir yang dikeluarkan mulai Mac 2011 pula secara kebetulan, menimbulkan beberapa persoalan berkaitan peranan dan kejujuran Musa Hassan dalam siasatan kes  terhadap Anwar apabila rekod-rekod lama dinilai semula.
9. Jika seorang Hakim Mahkamah Sesyen bolih merakamkan dalam nota prosiding bahawa keterangan Musa Hassan tidak bolih dipercayai,sedangkan beliau ketika itu masih Ketua Polis Negara, maka tidak salah untuk mempersoalkan sama ada beliau telah berbohong atau tidak, ketika memberi taklimat kepada Tun Mahathir berkaitan Anwar. 
Siasatan SPRM.
10. Umum telah maklum bahawa dakwaan Anwar pada 1.7.2008 terhadap Gani Patail,Musa Hassan,Dr.Abdul Rahman Yusof dan termasuk saya sendiri (atas sifat Pegawai Penyiasat kes mata-lebam)kerana memalsukan keterangan telah disiasat olih pihak SPRM.
Kemudiannya Peguam Cara Negara telah melantik 3 orang Ahli Panel Bebas terdiri daripada mantan-mantan Hakim Mahkamah Persekutuan dan Rayuan,sebagai DPP bagi meneliti kertas siasatan SPRM tersebut.
10.1. Pada 11.3.2009,iaitu lapan bulan kemudian, Menteri di-Jabatan Perdana Menteri telah mengumumkan di-Parlimen bahawa hanya dua orang sahaja iaitu, Gani Patail dan Musa Hassan dibersihkan daripada sebarang salahlaku. Walaupun demikian, seorang daripada Ahli Panel Bebas tersebut telah memutuskan terdapat keterangan salahlaku jenayah terhadap Gani Patail.
10.2. Tun Mahathir mempertahankan hujah beliau,bahawa walaupun Mahkamah Persekutuan telah membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat atas sebab teknikal,Tun tetap mengatakan bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti homoseksual kerana terdapat diantara Panel Hakim Mahkamah Persekutuan tersebut yang mengesahkan terdapat keterangan aktiviti homoseksual antara Anwar dan Sukma benar berlaku.Kerajaan akur dan menghurmati pendirian Tun sedemikian itu.
10.3. Dalam premis yang sama,walaupun Gani Patail dan Musa Hassan telah dibersihkan daripada sebarang salahlaku jenayah, namun fakta ada diantara Ahli Panel Bebas yang menyatakan, terdapat keterangan salahlaku jenayah olih Gani Patail dalam dakwaan ini, adalah tidak tergugat. Ringkasnya, keterangan Gani Patail telah memalsukan keterangan seperti yang didakwa adalah intact.  
10.4. Tambahan kepada itu pula,produk pemalsuan itu sendiri dalam bentuk 3 laporan pakar yang dipalsukan berjumlah 65 muka surat itu sememangnya ujud.Malah bolih diperiksa olih rakyat jelata jika masih ragu dengan dakwaan ini.Saya ulangi kenyataan saya bahawa keterangan ini adalah lebih konklusif dari keterangan DNA. 
Pengesahan Panel Bebas dan Keputusan..
11. Saya kemudiannya mencabar kesahihan perlantikan Ahli Panel Bebas olih Peguam Cara Negara dibawah peruntukkan CPC.Saya menegaskan perlantikkan itu sebagai tidak sah dari sudut undang-undang dan bahawa keputusan yang dibuat olih Panel Bebas tesebut adalah sia-sia,lantas menuntut keputusan tersebut diistiharkan null and void.
11.1. Bagaimanapun Kerajaan sendiri yang secara bersungguh-sungguh menentang cabaran itu, sehingga keperingkat Menteri di-Jabatan Perdana Menteri membuat “Ministerial Statement” yang panjang lebar di-Parlimen dalam bulan Disember 2010 bagi menerangkan pendirian Kerajaan terhadap perlantikkan Panel Bebas tersebut ketika menjawab soalan berkaitan isu ini.
11.2. Kerajaan telah mengesahkan bahawa perlantikan 3 Ahli Panel Bebas yang dilantik olih Peguam Cara Negara itu adalah sah disisi undang-undang dan demikian itu keputusan yang dibuat olih Panel tersebut juga adalah sah dan diperakukan.
12. Saya mengambil pengesahan tersebut, sebagai  Kerajaan turut memperakukan dan mengesahkan keputusan salah seorang Ahli Panel tersebut yang telah mendapati Gani Patail terlibat dalam salah laku jenayah.Dengan demikian itu dakwaan bahawa telah berlaku pemalsuan keterangan dalam siasatan kes melibatkan Anwar adalah betul.
13. Soal sama ada tindakan undang-undang telah diambil atau akan diambil kemudian atau tidak akan diambil langsung, terhadap Gani Patail adalah perkara kedua.Motif beliau melakukan pemalsuan itu juga tidak penting.
13.1. Perkara utama dalam persoalan ini, ialah sama ada beliau telah memalsukan keterangan dalam siasatan melibatkan Anwar atau tidak.Jelas dalam hal ini,Kerajaan sendiri yang telah mengesahkan pemalsuan keterangan itu benar berlaku.
13.2. Dalam kata ringkas,secara sengaja atau teknikal, Kerajaan sendiri yang mengesahkan Gani Patail sebagai seorang penjenayah.
“Covering up”.
14. Seterusnya,meminjam kata-kata budiman Tun Mahathir, “Even I would be compromised,for if it was discovered that I knew and yet failed to take necessary action then I would be accused of covering up”. (m.s.686 Memoirs)
Kata-kata ini adalah selaras dengan peruntukkan dalam Kanun Keseksaan.Melindungi suatu kesalahan jenayah secara sendirinya, adalah satu salahlaku jenayah yang bolih dikenakan hukuman mengikut peruntukkan dalam Kanun Keseksaan. 
15. Kini telahpun jelas,bahawa Jemaah Menteri,Jabatan Peguam Negara,SPRM dan Polis sedar bahawa Gani Patail telah disahkan melakukan salahlaku jenayah yang sangat serious.
15.1. Persoalan sekarang ialah bagaimana pula dengan tanggung-jawab masing-masing dalam mempastikan penguatkuasaan slogan “Rule of Law” secara “Without fear or favour” dan “no one above the law” yang saban hari masing-masing laungkan untuk didengar rakyat.
15.2. Siapa pula yang akan dipegang untuk mengambil tanggung-jawab “covering up” salahlaku jenayah ini yang telah disorokkan sekian lama.

Pengetahuan Perdana Menteri.
16. Saya menegaskan PM Najib sendiri dipercayai sedar perkara ini sejak Oktober 2008 lagi.Saya yang mentaklimatkan beliau di-Kementrian Kewangan ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri.
16.1. Taklimat ini saya susuli dengan laporan bertulis bertarikh 19.2.2009 yang disertakan dengan bukti-bukti lengkap menjelaskan dakwaan ini.Saya menjangka beliau akan mengambil tindakan sewajarnya, apabila beliau mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
16.2. Alasan kekurangan bukti sepatutnya tidak timbul lagi.Alasan ‘standard’,akan siasat lanjut juga, tidak relevan kerana Panel Bebas telah membuat keputusan dan Kerajaan telah mengesahkannya.
17. Saya menyatakan diperingkat ini, Penubuhan satu Tribunal atau Suruhanjaya Di-Raja Penyiasatan bukan lagi satu opsyen.
Ini memandangkan kes prima facie terhadap Gani Patail dan mereka-mereka yang bersubahat dengannya,kerana kesalahan memalsukan beberapa keterangan dalam sesuatu penyiasatan telah dibentuk.

Perkara am dan penutup.
18. Tun Mahathir menyatakan beliau tidak akan merelakan sesaorang yang tidak bermoral menjadi pengganti beliau sebagai Perdana Menteri.
Saya percaya rakyat Negara ini pula tidak akan merelakan seorang Peguam Negara yang telah disahkan sebagai seorang penjenayah olih Kerajaan, terus menjadi pelindung hak kebebasan Rakyat dan Keadilan Awam. 
19. Hanya beberapa hari yang lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan pemansuhan ISA dan EO dengan menjanjikan akan menggubal undang-undang yang lebih sesuai demi memelihara kepentingan dan kebebasan rakyat, sambil menjamin keselamatan Negara. Pengumuman ini mendapat reaksi bercampur. 
 
20. Bagaimanapun, sekiranya PM Najib terus menggunakan Gani Patail untuk mengepalai penggubalan undang-undang baru dan seterusnya,
sedangkan Kerajaan beliau sendiri telah mengesahkan Gani Patail terlibat dalam salahlaku jenayah,maka samalah seolah PM Najib menghumbankan hak kebebasan dan nasib rakyat kedalam genggaman seorang penjenayah.
20.1. Jika ini berlaku, maka ianya bukan sahaja merupakan sebagai satu penderaan dan penganiayaan terhadap rakyat, malah terhadap Rule of Law itu sendiri.
Salam sejahtera.
Yang benar,

Mat Zain Ibrahim
19 September 2011
Logika -
ini tanda akhir akan berakhirnya sebuah pemerintah yg korup!
bakal di talkinkan oleh anak anak muda.. dan peguam negara, serta siapa sahaja yg selama ini menjadi munafik serta membuat aniaya pada org lain.. akan di siksa dgn siksa yg pedih di akhirat kelak..
tetapi gua harapkan selepas pru 13 ni.. muka muka keparat ini dapat di heret kerana mereka lah pemusnah negara kita..
kah kah kah
depa kata : aitttttt.... ghani patail buat jenayah juga tapi kenape senyap?...
aku kata : masalahnya sapa nak buang dia atau nak ambil tindakan kat dia? sebab yang nak jalankan undang2 pun dah jadi penjenayah juga...mana ade law penjenayah tangkap penjenayah...mane ade perompak tangkap pencuri.... itulah undang-undang 1 malaysia..... kalau undang2 kita berjalan dengan penuh ketelusan dah lama orang tua-tua tu merengkok dalam penjara..... yang nak ambil tindakan tu adalah sang penguasa penguatkuasa hukum dan undang-undang yang telus dan adil dan yang tak berpihak kepada pemerintah semata-mata melainkan undang-undang tetap undang-undang..... bila depa pencen terus bagi gelaran Tun sepaya mereka tak boleh diambil tindakan kononya....
soalan yang patut orang muda tanya:....sampai bila penjenayah ini akan berkuasa? sampai bila mereka patut dibiarkan bebas?...sampai bila kita akan dikhianati dan dibohongi oleh mereka?...sampai bila kita nak dibodohkan oleh mereka....ayuh... pru 13 kita hukum mereka dengan kuasa undi yang kita miliki.... 

Monday, 19 September 2011

PRU 13 Pada 25 Disember 2011???

Olih Subky Latif : DIPERCAYAI Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan sebelum Hari Natal 25 Disember akan datang.
Tanda-tanda pilihan raya sudah hampir berdasarkan perlantikan pengurus pilihan raya bagi Parlimen sudah pun dibuat.
Sudah ada pegawai pengurus pilihan raya itu telah menerima perlantikan dari Suruhanjaya Pilihan Raya.
Seorang daripadanya memberitahu saya, dia sudah menerima perlantikan itu.
Dia tidak diberitahu bila pilihan raya itu akan diadakan kerana tarikhnya tidak dinyatakan, tetapi dia menunggu arahan bila latihan persiapan akan diadakan.
Dengan maklumat itu dapat diduga bahawa pilihan raya sudah hampir.
Ia adalah tanda awal selepas jentera pilihan raya BN sudah selesai mengadakan pilihan raya olok-olok dan Perdana Menteri sudah pun menjelajah ke seluruh negara bagi meningkatkan persiapan jentera pilihan raya partinya.
Apa pun ia tidak mungkin diadakan sebelum bulan Disember, pertama disebabkan latihan bagi pegawai pengurus dan lain-lain kaki tangan bagi peti undi belum bermula.

Ia tidak mungkin dibuat sebelum Oktober kerana menjelang Oktober rombongan haji ke Mekah mula berangkat.
Tidak ada kemungkinan pilihan raya itu akan diadakan dalam musim haji kerana Suruhanjaya Pilihan Raya pernah ada pengalaman mengadakannya dalam musim haji dalam tahun 1980an dulu.
Ada calon dari Wanita UMNO Pulau Pinang yang sudah berada di Tanah Suci terpaksa balik kerana bertanding. Ia satu kesalahan bagi ibadat haji bagi jamaah yang sudah berada di Mekah kembali ke tanahair sebelum mengerjakan haji.
Tindakan kerajaan bersetuju mengadakan pilihan raya dalam musim haji itu adalah perampas hak pengundi yang mengerjakan haji dari melakukan tanggungjawab menentukan wakil dan kerajaan yang hendak dipilihnya.
Beribu-ribu jamaah haji telah hilang peluang mengundi dan mereka hanya mengikut perkembangannya dari jauh.
Jamaah yang malang itu adalah pengundi bagi calon PAS dan BN khususnya UMNO. Mereka saja yang menunaikan haji.
Ia tidak menjejaskan pengundi DAP dan lain-lain pengundi BN bukan Islam. Tindakan itu merugi pengundi Islam saja. Jelaslah tindakan itu bersifat merampas hak orang Islam.
Menjelang pilihan raya itu saya pernah menulis rencana menyeru umat Islam yang bercadang untuk menunaikan haji tahun itu membatalkan hasratnya ke Mekah kerana mengundi itu lebih aula. Ia hanya berlaku empat atau lima tahun sekali dan rakyat wajib mengutamakan pengundi kerana ia menentukan kerajaan yang hendak ditegakkan. Adapun haji ada setiap tahun.
Mursyidul Am PAS sekarang, ketika itu belum menjadi Menteri Besar Kelantan telah menyokong saranan rencana saya itu.
UMNO tidak dapat memberi jawapan atas kecaman pembangkang atas kejadian itu.
Dipercayai UMNO yang membelenggu SPR tidak mahu kejadian itu berulang.
Jamaah haji hanya selsai pulang menjelang hujung bulan November. Maka selepas itu barulah pillihan raya itu akan diadakan.
Apapun ia tidak mungkin adakan hujung bulan itu kerana ia sedang dalam musim peperiksaan. Beberapa peperiksaan sekolah menengah belum selesai. Pillihan raya tidak mungkin diadakan sebelum selesai peperiksaan kerana ia melibatkan guru-guru sebagai pengendali hari mengundi dan sekolah sebagai tempat tempat mengundi.
Masalah yang besar dalam bulan Disember selalunya ia adalah musim hujan di pantai timur. Ia boleh menyukarkan jika musim hujan itu diikuti oleh banjir.
Tetapi banjir sekarang tidak lagi semestinya hujung tahun saja dan tidak saja di pantai timur. Ia boleh berlaku di mana-mana saja dan bila-bila masa.
Bagi hujung tahun ini tiada lagi masa yang lebih baik selain dari bulan Disember, dan ia mestilah sebelum hari Krismas.
Jika tidak diadakan waktu itu, maka ia terpaksa memikirkan tahun 2012 pula. - Hrkh 
depa kata : PRU 13 mungkin pada 25 Dis ni.....betoi ka?
aku kata : mana aku tau !!! sebab negara kita antara yang terpelik dalam dunia...tarikh pilihanraya hanya diketahui oleh Allah SWT dan PM jer.... sedangkan negara demokrasi lain dah diumukan lebih awal tarikh pilihanraya negara untuk memberikan ruang parti-parti politik yang bertanding membuat persediaan dan persiapan serta semua jentera kerajaan tidak digunakan semahunya membantu parti pemerintah...namun negara yang tak pernah dijajah ini bertindak sebalinya dan terlalu kuno dan jakun dari segi etika kedemokrasianya.....apa pun kita tunggu dan lihat jer ape yang nak berlaku disamping melakukan dan membuat persiapan kearah itu....perkuatkan jentera disetiap lapisan dan semak daftar pemilih an buat culaan dengan seteliti mungkin dan yang paling penting jangan syok sendiri dan over confident.....

Sunday, 18 September 2011

Dua Nakhoda Kemudi Jamuan Raya PAS Puchong?

Depa kata : PAS Puchong dah terbahagi dua betoi ka?
Aku Kata : Sapa kata?

Depa kata : Ade orang mai dok kata pasai orang kat Puchong Intan buat angkara.....alkisahnya begini.......

Cerita tu bermula dengan persoalan...... Apakah munasabahnya jika sang ayah buat kenduri besar dan sang anak juga buat kenduri pada hari dan masa yang sama melainkan kita akan kata anak itu adalah ANAK DERHAKA....

Aku kata : huh .... lain macam jer cerita hang ni?.... pasai apa?...sapa????

Depa kata :... tu la hang tak tau cerita  yang terjadi semalam ......Apabila PAS Kawasan Puchong mengadakan Hari Terbuka Aidil Fitri yang bertempat di Dewan Serbaguna Taman Seri Serdang dan ada satu pihak lagi juga menggunakan nama PAS /PASTI mengadakan majlis yang serupa di PASTI Cawangan Puchong Intan.... kenapa ini boleh berlaku?

Apakah alasan mereka mengadakan majlis itu serentak? Jika nak kata mereka dah booking tarikh tu lebih awal atau sebarang alasan adalah tidak boleh diterima dan tidak releven kerana apa sahaja majlis atau program yang dianjurkan oleh pihak kawasan semua cawangan dan AJK Kawasan hendaklah mengutamakan program kawasan dan dikatakan individu yang terlibat menganjurkan majlis di Puchong Intan itu juga adalah AJK Kawasan yang mendapat sokongan kelompok yang tewas dalam pemilihan lalu.... BENARKAH ???

Kita tidak melihat kebaikan melainkan adalah dengan niat untuk sabotaj kerana sepatutnya sang anak ini boleh menunda program tersebut kepada tarikh lain untuk meraikan majlis dan program anjuran kawasan.....

Bila insiden ini berlaku sewajarnya YDP Kawasan memberikan tunjuk sebab kepada penganjur majlis tersebut supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain agar tidak khilaf dengan keputusan kawasan...setujukah?

Ape sebenarnya agenda mereka? kerana tak puas hati dengan keputusan muktamirin lalu yang memilih struktur organisasi kawasan?.... atau apa sahaja alasan mereka kita melihat mereka ini punya agenda busuk dan jahat.... mereka ini telah mencipta persepsi buruk dan negatif PAS Puchong di mata khalayak dan memberikan ruang untuk musuh untuk menyerang PAS Puchong..... Banggakah mereka?

Diharapkan agar pihak Perhubungan PAS Negeri menyiasat perkara ini dan sesuatu tindakan perlu dilakukan untuk membersihkah imej PAS Puchong kerana orang Puchong memang mengenai watak dan sikap beberapa orang dari kelompok kecewa ini berperanan di Puchong untuk sentiasa khilaf dengan YDP, Ketua Pemuda dan PAS Kawasan itu sendiri....nyatalah sekarang bawaha mereka ini punya agenda dan kepentingan peribadi di dalam PAS... perlu dingat bahawa PAS Puchong bukan temapatnya untuk mencari kepentingan peribadi dan PAS bukan wadah untuk mencipta kloni bukan juga mencipta kroni dan bukan juga tempat mencita dan mencari harta dan nama....

Aku kata : emmmmmm.... puak malaun tu lagi ka yang buat hal?......

Thursday, 15 September 2011

Bukti Malaysia Tak Pernah Dijajah...Sekarang Baru Nak Hapuskan Warisanya...





Depa kata : Najib dah mansuhkan ISA....

Aku kata : wowwww....terkedu dan terkejut kita tadi bila Najib umum mansuhkan sepenuhnya akta yang diwarisi daripada penjajah...opssss bukan penjajah tapi kawan umno iaitu British ni... 

Bila kita memahamai kenyataan bahawa negara kita ak pernah dijajah seperti kenyataan Zainal Kling kenapa selama lebih 54 tahun ni akta dan undang-undang ini masih dikekalkan sehingga kepada malam ini, itupun kita tak tahu sejauh mana kuasa pembubaran dan pemansuhan itu berlaku...dan kita tak tahu apakah nasib para tahanan yang ditahan tanpa mendapat perbicaraan yang telus di mana-mana mahkamah dalam negara kita melainkan terus dihukum setelah PM menandatangani perintah tahanan setelah mendapat nasihat daripada pihak polis walaupun polis tak berapa tahu asas tahanan itu dibuat melainkan ada arahan daripada sang penguasa dan terpaksalah pihak polis mereka cipta alasan dan sebab penahanan....

Najib hanya umum mansuhkan akta ini dan dia tak umum pun sebarang tindakan susulan... ataukah itu sebagai gula-gula untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan regim Najib ini ataukah semata-mata untuk mendepani dan menjuarai isu komunis yang dihangatkan oleh media umno itu?... maka pelbagai persepsi boleh dibuat ekoran kenyataan Najib malam tadi...

Apapun kita mengucapkan terima kasih kepada Najib jika benar dia ikhlas untuk menghapuskan akta ini dan semua tahanan yang masih meringkuk dalam kem Kamunting itu dibebaskan atau paling kurang dihadapkan ke mahkamah dan didakwa agar para tahanan dapat membela diri...benar atau salahnya mereka akan dinilai oleh penghujana kedua-dua pihak dengan syarat hakim yang dilantik tidak seperti hakim gula-gula haks dulu...


Wednesday, 14 September 2011

Perjuangan MAT KILAU Di Pahang Temberang.... Zainal Kling Nak Kata Apa?



Mat Kilau Pahlawan Pahang
PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.
Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali seb...agai Tok Gajah . Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. Antara yang menerima akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan Dato' Bahaman .
Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.
Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tok ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan (Foto Tok Janggut)
Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu. Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.

KEMUNCULAN MAT KILAU

Alkisah, maka pada tanggal 27 hb. Disember 1969, Mat Din telah dibawa oleh anak-anak cucunya ke Masjid Kampung Pulau Tawar dan pada hari Jumaat itu juga, orang ramai sungguh terkejut apabila mengetahui orang tua yang bernama Mat Din itu adalah Mat Kilau bekas Pahlawan Melayu Pahang yang cukup terkenal menentang penjajahan Inggeris dulu.
Susulan daripada itu, atas perkenan Sultan Pahang sebuah Jawatankuas Penyiasat telah ditubuhkan yang diketuai oleh Dato' Abdul Aziz Ahmad telah menjalankan tugas untuk menyiasat perkara tersebut iaiutu pada 6 hb. Ogos 1970. Hasil siasatan yang dibuat , maka Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Haji Yahya Mohd Seth telah mengisytiharkan kesahihan Mat Din adalah sebenarnya Mat Kilau , yang pada ketika itu telah berusia 123 tahun.
Beliau dilahirkan di Kg.Kendondong Pulau Tawar, pada usia 12 tahun beliau telah dihantar oleh bapanya Imam Rasu ke Trengganu untuk belajar sekolah pondok. Sesudah tamat belajar, Mat Kilau kembali ke Pulau Tawar dan Sultan Pahang berkenan menganugerahi daerah Budu untuk ditadbir oleh beliau..
Apabila Dato' Bahaman menentang penjajahan Inggeris pada tahun 1891, Mat Kilau telah membantu dan menyebelahinya. Beberapa tahun kemudian Mat Kilau terpaksa meninggalkan Pahang kerana serangan bertubi-tubi dari pihak Inggeris dan tali barut mereka yang telah mengkhianati pahlawan-pahlawan Melayu Pahang .

LATAR BELAKANG MAT KILAU
Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau
Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau.
Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang.
Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

ZAMAN KANAK-KANAK
Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.
Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.
Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.
HOBI MAT KILAU
Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.
Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau dijadikan orang tukang hencang.
Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad (Sultan Pahang ketika itu ) sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.
Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila 'peran tua' (ketua berburu) tidak berburu.Mat Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.
Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.
PERKAHWINAN MAT KILAU
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong, Pulau Tawar.
Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.
ILMU YANG DIPELAJARI
Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.
Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.
Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.
Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.
Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

SIKAP PERIBADI MAT KILAU
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati.
Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford (Residen British di Pahang) telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat terutamanya bagi penduduk setempat.
Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.
Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

KEMATIAN MISTERI MAT KILAU
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura.
The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka,iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895".
The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau) ,Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain.

KEMUNCULAN MAT KILAU
Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.
Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.
Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.
Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat.
Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.
Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.
Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis 6 hb.Ogos 1970 Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.
Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu meninggal dunia kerana keuzuran.
Usianya ketika itu dipercayai berusia 123 tahun.Beliau tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

MASJID KAMPUNG PULAU TAWAR
Masjid inilah yang telah merakamkan detik sejarah penuh suka dan duka masih wujud hingga ke hari ini di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Usianya hampir 200 tahun. Terletak kira-kira 30 minit dari bandar Jerantut. Suasana kehidupan tradisional masyarakat Melayu yang bermastautin di pesisiran Sungai Pahang masih tebal. Malah degup sejarah serta nostalgia abad ke-18 dan 19 seolah-olah baru sahaja berlalu. Masjid lama itu terletak berdekatan tebing Sungai Pahang yang jernih airnya.
Kewujudan masjid lama di situ berkaitan sejarah kepahlawanan Melayu Tok Gajah, Mat Kilau dan pengikutnya kerana di situlah tercetusnya kebangkitan semangat nasionalisme menentang penjajah Inggeris di Pahang.
Namun begitu masjid lama itu lebih sinonim berperanan sebagai pusat pengembangan ilmu serta syiar Islam bermula dari kurun ke-18 hingga awal tahun 1970-an. Perkembangan institusi pengajian pondok di Pulau Tawar berhubung rapat dengan masjid lama itu.
Di situlah markas tempat berkumpulnya tokoh ulama terkenal yang berasal dari Sumatera seperti Allahyarham-Allahyarham Imam Malim, Imam Ahmad, Imam Haji Abd Rahim, Imam Daud dan Imam Yahya. Masjid lama itu berperanan menyebarkan dakwah Islamiah.
Malahan banyak pelajar dari seluruh Jerantut, Kelantan dan Terengganu datang belajar di situ pada kurun ke-18. Menurut keterangan orang-orang tua Cucu , tapak asal pembinaan masjid lama itu dilakukan oleh Imam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang Melayu Pulau Tawar pada awal tahun 1880-an.
Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923 tetap mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari hutan tempatan.
Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, Hugh Clifford, pernah mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar supaya jangan mencampuri urusan pentadbiran Inggeris di Pahang.
Setelah mengalami kerosakan teruk diancam banjir besar tahun berikutnya, masjid lama itu mengalami sekali lagi perubahan dengan binaan simen di bahagian bawah serta lantainya supaya kelihatan lebih teguh. Walaupun berhadapan dengan arus putaran masa, kubah dan mimbar masjid berkenaan masih lagi dalam bentuk binaan asal iaitu mempunyai ciri-ciri pengaruh seni bina Minangkabau.
Yang lebih unik, sehingga ke hari ini, sebatang tongkat yang dibuat daripada kayu teras berusia hampir sama dengan pembinaan masjid asal masih tersimpan rapi dan digunakan oleh khatib sewaktu membaca khutbah. Sebuah beduk kayu yang juga berusia hampir dua abad hilang dari masjid berkenaan dipercayai dicuri oleh mereka yang tidak bertanggungjawab beberapa tahun lepas.
Di masjid lama Pulau Tawar itulah berlaku sejarah pengistiharan diri Pahlawan Melayu Pahang Mat Kilau pada 26 Disember 1969 setelah menghilangkan diri buat sekian lama. Sebelum mengisytiharkan dirinya pada hari Jumaat, Mat Kilau pernah beberapa kali singgah di masjid itu menyamar sebagai peniaga dan orang luar.
Sehingga pertengahan tahun 1995 tinggallah masjid lama tersebut digigit sepi malah diselimuti dengan semak samun setelah penduduk di situ menggunakan masjid baru. Namun masjid lama itu sering didatangi oleh ahli sejarawan tempatan, siswa universiti, pelajar sekolah serta orang perseorangan untuk merakamkan sejarah dan melihat seni bina di luar dan dalamnya.

JEJAK MAT KILAU
Laluan pahlawan Melayu kini destinasi unik buat pencinta keindahan flora dan fauna
JEJAK Mat Kilau, laluan yang digunakan pahlawan Melayu terbilang, Mat Kilau ketika menentang penjajah kini dijadikan laluan untuk peminat aktiviti lasak dan pencinta alam bagi melihat keindahan flora dan fauna sepanjang jejak yang ditinggalkan.
Dipercayai ada tiga laluan utama digunakan Mat Kilau yang setiap satu menghubungkan Pahang dengan Terengganu, Kelantan dan Perak bagi mendapat dan meraih sokongan penduduk di kawasan berkenaan untuk menentang penjajah Inggeris.
Bagaimanapun, daripada tiga laluan itu hanya dua laluan sering digunakan pencinta alam dan penggemar aktiviti sukan lasak ketika ini iaitu laluan Pahang ke Perak dan laluan Pahang ke Terengganu.
Mat Kilau bersama-sama tokoh pejuang seperti Datuk Bahaman, Tok Janggut dan Tok Gajah yang juga ayahnya memiliki kelebihan menguasai ilmu hutan dan ia menjadi kekuatan mereka untuk mengelak daripada ditangkap pemerintah British.
Di Terengganu, Mat Kilau turut meninggalkan kubu yang digunakan menentang penjajah yang diketuai Residen Inggeris, Hugh Clifford di Padang Jerangau Jerangau, Kampung Pasir Raja, Dungun.
Laluan antara Pahang dan Terengganu agak berbukit bukau serta laluan sungai yang perlu diharungi hampir 60 peratus daripada keseluruhan perjalanan melalui laluan itu. Antaranya, mengharungi Bukit Lata ****** dan Bukit Gelugor ke puncak Gunung Main Angin (1,460 meter) yang agak memenatkan sebelum menyusur turun dan melalui semula laluan sungai untuk ke Kampung Bantal menggunakan rakit.
Laluan ketiga membabitkan laluan dari Ulu Tembeling di Pahang ke Hulu Terengganu (kini sebahagiannya sudah menjadi Tasik Kenyir) dan ke Hulu Kelantan (Gua Musang). Bagaimanapun, laluan ini kurang dikenali kerana hampir sebahagian daripada laluan utama sudah ditenggelami air Tasik Kenyir berikutan kerja membina empangan yang jalankan.
Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusoff Abdullah, berkata laluan yang digunakan Mat Kilau sebenarnya laluan biasa penduduk pedalaman ketiga-tiga negeri terbabit yang digunakan untuk mencari hasil hutan terutama damar dan kayu gaharu.
Katanya, daripada tiga laluan yang ada, laluan Pahang (Kampung Bantal) ke Terengganu (Kampung Pasir Raja) adalah yang paling popular kerana ia menghubungkan persaudaraan antara dua negeri yang masih kekal dan terus digunakan hingga ke hari ini.

LALUAN JEJAK MAT KILAU
Ada tiga laluan digunakan, bagaimanapun hanya dua masih digunakan dengan meluas baik oleh peminat sukan lasak, pencinta alam dan ahli sejarah.
1. Laluan Pahang ke Perak bermula di Lata Lembik, Kampung Ulu Sungai, Raub hingga ke Batu Hidang, Pos Bersih, Ulu Slim, Perak. Laluan ini sejauh 34 kilometer dan mengambil masa antara dua ke tiga hari untuk dihabiskan (jika bermalam)
2. Laluan Pahang ke Terengganu bermula di Kampung Pasir Raja, Dungun ke Kampung Bantal, Hulu Tembeling yang lazimnya mengambil masa antara tiga hingga lima hari untuk dihabiskan.
Antara laluan paling sukar kerana terpaksa mudik ke hulu dan melalui laluan sungai.
Laluan ini sering digunakan penduduk antara kedua-dua negeri kerana mereka mempunyai talian persaudaraan dan menjadi antara laluan yang paling popular di kalangan pelancong atau peminat aktiviti lasak.
Laluan ini sebenarnya digunakan penduduk setempat untuk mencari hasil hutan terutama damar dan kayu gaharu.
3. Laluan Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula dari Sungai Tembeling (Taman Negara Pahang) hingga ke Sungai Pertang (Hulu Kelantan/Hulu Terengganu) yang sebahagiannya kini sudah tenggelam kerana pembinaan empangan di Tasik Kenyir.

KRONOLOGI PEMBERONTAKAN MAT KILAU

Mac 1892 - Tok Gajah bertemu dan bersatu dengan Mat Kilau di Kampung Budu, Raub untuk menyerang tentera Hugh Clifford di Kuala Lipis.
9 April 1892 - Mat Kilau tidak sempat berperang dengan Inggeris dan beliau dibawa Haji Muhammad Nur ke Bukit Bentang bertemu Datuk Maharaja Perba Jelai
Mei 1892 - Inggeris mara ke Kampung Budu tempat Mat Kilau berkampung dan selepas mengetahuinya beliau melarikan diri ke hutan dan bersatu dengan Datuk Bahaman di Kampung Hulu Cempaka bagi meneruskan perjuangan menentang Inggeris
13 Julai 1892 - Pasukan Pengakap daripada pasukan Walker dan Clifford berkhemah di Lechau dekat Kampung Budu diserang kumpulan Mat Kilau dan Datuk Bahaman berhampiran Batu Berapit. Mereka kemudiannya berundur meninggalkan kawasan itu. Mat Kilau dan pengikutnya bersatu dengan Tok Gajah di Pasir Atas (tepi Sungai Tembeling)
22 Ogos 1892 - Mat Kilau dan adiknya Awang Nong membawa pasukannya menyerang Inggeris di Kuala Atuk (tepi Sungai Tembeling) yang diketuai R W Duff dan Panglima Garang Yusoh. Dua pengakap Inggeris terbunuh. Mat Kilau dan Awang Nong berundur membawa pengikut mereka ke Kuala Tembeling.
Oktober 1892 - Keadaan Pahang agak tenang, Sultan Ahmad mengikut nasihat Sultan Abu Bakar (Johor) dan Inggeris mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai rakyat Pahang yang dicop penderhaka kecuali Datuk Bahaman dan Tok Gajah.
Tok Gajah bersama anaknya Mat Kilau dan Awang Nong membawa pengikutnya berundur ke hulu Sungai Tembeling dan menyeberangi sempadan Pahang dan Kelantan hingga sampai di Kuala Tenggeling di Hulu Lebir, Hulu Kelantan
Akhir 1892 - Orang Melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau yang menentang Inggeris di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan
Mei 1894 - Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau berpindah dari Hulu Kelantan ke Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung Seberang Engku Ngah, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau selalu berulang alik ke Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid yang dianggap keramat
Pertengahan 1894 - mereka kembali ke Hulu Kelantan
Jun 1894 - Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Mat Kelubi dari Hulu Kelantan membawa 100 pengikut pergi ke Hulu Pahang menghilir Sungai Tembeling
14 Jun 1894 - mereka menyerang Inggeris di Kuala Tembeling. Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau ke Pulau Tawar berjumpa Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba Jelai.
Kembali ke Sungai Tembeling mendirikan kubu di Jeram Ampai (berhampiran Kuala Tembeling)
Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau serta pengikut menghilir Sungai Kelantan sampai ke Kemuning (berhampiran Tanah Merah)
6 Jun 1895 - Hugh Clifford sampai di Pasir Nering, Kuala Berang kerana percaya Mat Kilau bersembunyi di sana
Oktober 1895 - Mat Kilau ditangkap askar Siam dan membawanya ke Kota Bharu, Kelantan. Dalam perjalanan ke sana Mat Kilau dipercayai melawan dan askar Siam dikatakan memukul kepala Mat Kilau hingga tidak sedarkan diri dan dianggap mati.
'Mayat' Mat Kilau diserahkan kepada Sultan Kelantan dan dia didapati masih hidup. Sultan Kelantan kemudian menyuruh Mat Kilau melarikan diri dan upacara gimik mengebumikan Mat Kilau dilakukan di Bunut Payung dekat Kota Bharu menggunakan batang pisang

MAT KILAU SEMPAT LAUNG MERDEKA

Daripada ramai pahlawan Melayu Pahang yang bangkit menentang penjajahan Inggeris pada 1880-an, hanya seorang daripada mereka yang sempat menyaksikan sendiri detik kemerdekaan negara.
Dia ialah Mat Kilau, anak kepada pembesar Imam Perang Rasu (Tok Gajah), yang bangkit menentang kedatangan Inggeris ke Pahang pada sekitar 1880-an dan 1890-an. Lebih daripada itu, Mat Kilau juga berpeluang melaungkan ungkapan keramat "Merdeka!" pada 31 Ogos 1957, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh rakan-rakan perjuangan seangkatan dengannya seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok Janggut atau yang lebih awal seperti Datuk Maharaja Lela dan Dol Said.
Namun, pada hari berkenaan tiada seorangpun daripada puluhan ribu manusia yang berkumpul di Padang Masjid Negeri di Kuantan mengetahui bahawa orang tua yang dianggarkan berusia lebih 100 tahun di kalangan mereka adalah Mat Kilau.

12 TAHUN ISYTIHAR DIRI
Anak angkat Mat KIlau yang kemudian menjadi menantunya, Abu Bakar Awang, 80, berkata sebelum mengisytiharkan dirinya yang sebenar, Mat Kilau sentiasa berdalih setiap kali ditanya tentang asal-usul dirinya -- mungkin kerana khuatir beliau belum lagi diampunkan oleh sultan. Semasa kebangkitan itu, Pahang berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muazam Shah.
"Beliau juga mengambil masa hampir 12 tahun selepas merdeka sebelum tampil mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau kerana khuatir sultan belum mengampunkan dirinya yang dianggap sebagai penderhaka," katanya.
Salah seorang anak Mat Kilau, Aminah, 80, yang ditemui di rumahnya di Kampung Batu 5,Jalan Gambang Kuantan mengesahkan bahawa sebelum perisytiharan tentang identitiya, beliau dan anak-anak lain tidak pernah menyangka bahawa manusia yang bergelar Mat Siam itu adalah pahlawan yang digeruni Inggeris.
Aminah adalah antara empat daripada lima orang anak Mat Kilau yang masih hidup dan tinggal di sekitar Kuantan. Yang lain ialah Sabariah, Abdul Rahman, Salamah dan Razali, manakala anak bongsunya, Zaleha, yang berkahwin dengan Abu Bakar meninggal dunia pada 1978.
Meneruskan ceritanya, Abu Bakar berkata beliau adalah antara orang yang paling gembira apabila mengingat kembali keghairahan luar biasa Mat Kilau menunggu saat-saat perisytiharan kemerdekaan.
"Hari itu (31 Ogos 1957) awal-awal pagi lagi dia sudah bangun dan lepas sembahyang subuh dia terus bersiap untuk ke bandar Kuantan apabila mendapat tahu upacara sambutan juga akan diadakan di peringkat negeri, selain daripada Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.
"Saya agak hairan melihat dia beria-ia benar hendak ke Padang Masjid Negeri. Walaupun sudah berusia lebih 100 tahun, saya lihat dia begitu bersemangat sekali untuk turut menyambut hari bersejarah itu," katanya.
GURU SILAT
Abu Bakar yang kini menjadi guru utama Seni Silat Tapak Setia Suci, seni yang diwarisi daripada bapa mertuanya itu, berkata beliau masih ingat pada hari berkenaan Mat Kilau memakai kemeja-T leher bulat warna putih, kot warna kelabu, berseluar panjang dan bersamping serta lengkap berkasut, manakala kepalanya pula berlilit kain cindai.
"Saya sendiri tidak tahu di mana beliau perolehi semua itu dan apakah maksud tersirat di sebalik melilit kain cindai di kepala," katanya.
Menurut tradisi, kain cindai iaitu sejenis kain sutera nipis untuk lilitan kepala atau bengkung yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu ketika turun ke gelanggang untuk berhadapan dengan musuh.
Meneruskan ceritanya tentang detik-detik pagi keramat itu, Abu Bakar berkata gelagat bapa mertuanya yang ternyata amat bersemangat itu menyebabkan isteri Mat Kilau, Ajrah Bakar menganggapnya sebagai "buang tabiat".
Selesai bersiap-siap, Abu Bakar dan Mat Kilau keluar rumah dan sama-sama menunggu bas percuma yang disediakan pihak berkuasa sempena sambutan itu.
Walaupun bas berkenaan penuh sesak hingga memaksa ramai yang berdiri dan berhimpit-himpit, Mat Kilau tetap nekad dan seolah-olah tidak sabar untuk ke padang berkenaan.
"Bila sampai di padang kami sama-sama menunggu detik laungan Merdeka. Sempat juga tengok orang berarak... kereta berhias pun ada dan dia (Mat Kilau) hari itu kelihatan cukup seronok," katanya.
Apabila laungan merdeka kedengaran, Mat Kilau turut serta melaungkan merdeka.
CUBA BERI BAYANGAN

Malah ketika berada di padang itu, Mat Kilau ada cuba memberi bayangan kepada Abu Bakar tentang siapa dirinya sebenar dengan berkata: "Tengok, siapa sangka aku juga sempat melihat (negara) merdeka".
Abu Bakar yang tinggal bersama Mat Kilau sejak berusia 18 tahun berkata walaupun tidak berupaya untuk pergi ke Stadium Merdeka di mana perisytiharan kemerdekaan peringkat kebangsaan diadakan, bapa mertuanya tetap berpuas hati kerana dapat turut melaungkan "Merdeka!" di padang Kuantan itu.
Bagi Abu Bakar, laungan itu adalah manifestasi sebenar kegembiraan seorang pahlawan yang terpaksa menjalani liku-liku kehidupan penuh keperitan semata-mata kerana bangkit mempertahankan maruah bangsa dan agama serta kedaulatan tanahairnya.
Beliau juga berharap agar sesetengah teks sejarah disemak atau ditulis semula kerana masih ada kalangan yang terus menganggap Mat Kilau sebagai seorang penderhaka raja.
"Pihak Inggeris yang melabelkan Mat Kilau serta rakan-rakannya termasuk Datuk Bahaman sebagai pemberontak dan penderhaka, semata-mata untuk mengabui mata rakyat agar perjuangan mereka ketika itu tidak mendapat sokongan," kata Abu Bakar yang juga Ketua Kampung Batu 5.
Cucu Mat Kilau, Alhamadi Abu Bakar, 40, berkata datuknya tidak meninggalkan apa-apa harta pusaka kecuali semangat perjuangan dan keberanian untuk diwarisi generasi sekarang dan akan datang agar negara tidak kembali dijajah

DEMIKIANLAH ADANYA KISAH MAT KILAU
Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Cucu ( Aki Md. Yunus B. Teh ) dan Nenek (Wan Sipah Bte Teh ) Ayahanda Cucu ( Jamaluddin Bin Md. Yunus) semuanya di kebumikan di Tanah perkuburan Islam Felda Sg.Tekam Getah, Jerantut dan Bonda Cucu (Kamsiah Bte Jamil) yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kenanga Jengka 7, Pahang. AMIN YA RAB BAL ALAMIN
Sumber : FB Ahmady Tiryaqi

depa kata : Betoi ka Mat Kilau ni seorang pahlawan?
aku kata : mana boleh betoi jika kita faham dari kenyataan Zainal Kling bahawa negara kita tak pernah dijajah dan tulisan diatas adalah rekaan semta-mata dan cerita Mat Kilau adalah dongeg semata-mata untuk membuatkan orang melayu ni leka dengan cerita-cerita palsu dan karut.... tapi kenyataanya adalah berbeza sekali dengan pendapat Zainal Kling dan beberapa ekor lagi prof kangkung longkang yang senajis denganya.....  orang melayu Pahang khususnya boleh terima kah kenyataan bahawa negara ini dan negeri Pahang khususnya tak pernah dijajah dan kehadiran Mat Kilau dalam mencorakan sejarah kepahlawanan Pahang tu adalah rekaan dan khayalan semata-mata ?...sapa yang harus dipertanggungjawabkan sekiranya ade orang yang menidakkan kepahlawanan Mat KIlau dan pejuang-pejuang yang sezaman denganya itu melainkan ZAINAL KLING dan UMNO????