Thursday, 25 August 2011

Salahkan Gereja Bagi Bantuan Bila Pusat Zakat Tak Bagi?


KL, 25 Ogos 11: Pemimpin parti politik dan bukan politik Islam tidak wajar dengan mudah menyalahkan pihak gereja jika menghulurkan bantuan kepada Muslim memerlukan bantuan jika mereka sendiri gagal menjaga kebajikan pihak terbabit, kata bekas mufti Perlis.

Sehubungan itu jelas Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin (gambar), pihak terbabit sering meletakkan kesalahan ke atas pihak gereja dalam usaha ingin melepaskan diri.
“Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya.
“Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’,” kata beliau dalam satu tulisan dikeluarkan hari ini.

Merujuk kepada perkembangan isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama awal bulan ini, Asri menambah, jika pun mereka tidak membantu dan berdakwah, tidak perlulah disalahkan.

Beliau baru-baru ini mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 orang hadirin beragama Islam pada satu majlis makan malam di gereja tersebut pada 3 Ogos lalu. Tulisannya dihasilkan susulan kunjungan beliau ke atas salah seorang daripada 12 orang Muslim terbabit.

“Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata. Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan.

“Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran. Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini,” katanya.

Zakat & Gereja
Kembali kepada pengurusan umat Islam mengenai zakat, Asri juga berkata, beliau tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan.

“Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah.

“Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?” katanya lagi.

Asri mendakwa sesesetengah pegawai zakat bersifat begitu materialistik, “berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat.”

Oleh itu katanya, tiada semangat dakwah dan ukhuwah Islamiah dan pemohonan menjadi sulit dan sukar.
“Jika program Bersamamu boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka.

“Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat,” katanya lagi. (IH) 
depa kata :.... pusat zakat bukan tak bagi langsung...tapi tak cukup.... untuk fakir miskin RM 250.00- RM 400.00 jer, tapi Pusat Zakat Selangor boleh pulak beli bangunan baru...beli kenderaan baru dan sebagainya.sampai ade yang kata...mana pi duit zakat...masa minta bukan main lagi...bila kita pi minta bantuan...depa kata kena ikut  prosidur lah...kena itu dan ini lah.... tak layak lah.... dah jadi isu macam ni...mula nak cari alasan.

aku kata: bukan setakat bagi kat fakir miskin jumlah yang tak munasabah...peruntukan untuk amil miskin pun depa kurangkan dengan alasan nak tampung kos cetak kupon zakat fitrah le...pengurusan le....pastu bagi bantuan kepada kepada yang bukan asnaf yang wajib...bagi kot dan...bukan salah tapi tak boleh la sewenang-wenangnya nak guna duit zakat kat perkara lain...soal bencana alam atau sebagainya ...tu tanggungjawab kerajaan negeri lah yang bantu.... beli banungan yang besar tu guna asanaf mane?.... apakah zakat harta dan zakat-zakat lain dari rakyat depa boleh buat macam harta mak-bapak depa?.... dengan bangga mereka umukan kutipan zakat berjuta-juta ringgit...tapi mana dia laporan pengurusan dan agihan zakat yang mereka umukan?.... kalau mereka telus...kita cabar lembaga zakat selangor perincikan agihan zakat tu kat media dengan penyatanya sekali..... buatlah kalau mereka benar-benar telus........ manalah akal dan kewarasan sang penguasa di lembaga zakat ni?....

kisah selanjutnya bila pihak berwajib tak tunai tanggungjawab....

Asri: Janda Muslim ditahan Jais tak murtad, rujuk gereja kerana ‘desakan hidup’

Oleh G. Manimaran August 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — Salah seorang daripada 12 hadirin beragama Islam pada majlis makan malam di sebuah gereja yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) awal bulan ini menegaskan, dia tidak pernah murtad.

Sebaliknya, dia seorang janda mendapatkan bantuan dihulurkan dengan ikhlas oleh gereja ekoran “desakan hidup.”

Gereja Methodist Damansara Utara diserbu Jais pada malam 3 Ogos lalu ketika mengadakan majlis makan malam muhibah anjuran pertubuhan bukan kerajaan Harapan Komuniti.


Dalam pengakuan kepada bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, wanita tersebut dipetik berkata semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan pada 3 Ogos lalu, dia berada bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.

Katanya, walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad.

“Cuma ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad,” katanya dipetik Asri dalam tulisannya dihantar kepada media hari ini.

Kata Asri lagi, “alhamdulillah dia masih kekal dengan keIslamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup.”

Asri menambah, terus-terang dia sebut “semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya.”

Dia mempunyai tiga orang anak.

“Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat tarawih.

“Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru Muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit Aids dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan,” kata beliau lagi.

Beliau mengadakan pertemuan dengan salah seorang daripada 12 hadirin itu, yang telah disoal siasat oleh Jais baru-baru ini dan diberikan kaunseling, minggu lalu. Tetapi nama wanita itu tidak diberikan.

Sambil berkata apa yang hendak dipelikkan, Asri menulis lagi, “begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan.”

“Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.

“Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai PhD dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam,” kata ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia ini.

Malah dalam tulisannya, Asri berkata, menurut wanita tersebut lagi dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya.

“Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup.

“Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja,” katanya.

Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja, kata Asri lagi sambi berkata, menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja.

“Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi,” kata beliau lagi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, kata Asri, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar.

“Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat.

“Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu.

“Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi. Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu,” katanya.

Akhirnya menurut Asri lagi, maklumat yang diperoleh daripadanya menunjukkan pihak gereja juga yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.

“Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.

“Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini,” katanya lagi.

Kata Asri lagi, wanita tersebut pernah mengunjungi pusat zakat dan Jabatan Kebajikan untuk mendapatkan bantuan sebaik ditinggalkan suaminya.

“Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

“Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama Kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.

“Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan,” kata Asri sambil menambah, “pihak gereja membantu keperluan hidupnya.”

Katanya, diberikan wang dan menziarahi keluarganya, malah mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan “mesra dan saying”.

“Hatinya terpaut dengan kehalusan budi. Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya,” tulis beliau lagi. - TMI

Lepas Tendang ...Bagi Duit Suruh Pi Berubat???


RANTAU PANJANG, 25 Ogos:
Pintu rumahnya ditendang kumpulan lelaki terbabit yang datang tanpa diundang. Seorang armalah bagaikan bermimpi apabila rumahnya di sini tiba-tiba diserbu sekumpulan lelaki bersenjata kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Lebih parah lagi dakwa Noraisiah Che Ghani, 40 salah seorang lelaki bertopeng lengkap bersenjata itu menendang di bahagian perutnya sehingga terduduk.

”Kesannya saya mengalami sakit di bahagian pinggang dan perut sehingga sekarang. Ketika kejadian saya sedang tidur di ruang tamu tiba-tiba terperanjat mendengar bunyi kenderaan yang kuat di halaman rumah.
“Sebaik sahaja bangun dua anggota polis bertopeng menendang pintu rumah dan tendangan terkena perut sehingga saya terduduk.

“Sampai hari ini saya tidak boleh duduk lama kerana sakit di bahagian pinggang dan perut,” ujarnya berniaga sayur di Pasar Rantau Panjang.

Armalah kepada tiga anak yang berusia antara sembilan dan setahun setengah itu pada mulanya panik tidak tahu apa punca kedatangan lelaki bertopeng lengkap bersenjata. Ujar beliau tanpa memberitahu apa sebab kedatangan mereka terus bertindak.

”Selepas lama mengeledah kemudian salah seorang anggota polis terbabit memohon maaf di atas kesilapan mereka, lalu meninggalkan rumah saya.

”Seorang anggota polis pada awalnya mendakwa kononnya saya terlibat menyeludup senjata api,” katanya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Ketika kejadian turut berada di rumahnya tiga anaknya, emak yang cacat penglihatan, dua adik beradiknya. Kumpulan bersenjata itu menyelongkar segenap ruang di dalam rumahnya hampir dua jam sebelum beredar tanpa menemui sebarang barangan disyaki.

Mencerita lanjut saat-saat mencemas itu Noraisiah memberitahu beliau kemudian ditawarkan sejumlah bayaran sebagai kos perubatan bagi menutup kes tersebut ketika datang membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang.

Menurut beliau adiknya Numi Che Ghani juga turut ditawarkan sejumlah bayaran yang sama. Serbuan itu juga turut menjadikan adik iparnya Sopian Sautar, 31 sebagai mangsa apabila dipaksa meminum air empat botol kerana disyaki penagih dadah ketika datang menemankan Norasiah di Balai Polis.

“Pada mulanya saya enggan sebab saya berpuasa, tetapi saya dipaksa juga minum empat botol air kosong dalam botol besar selepas ujian kali pertama didapati saya negatif sebarang dadah,” ujarnya.

Menurut Norasiah selepas kejadian kira-kira jam 11 pagi beliau ke klinik berhampiran rumahnya untuk mendapatkan rawatan dan kira-kira 11 malam pula membuat laporan polis. Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berharap kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab ke atas mangsa yang ditendang sekumpulan lelaki bersenjata alasan disyaki sebagai penyeludup senjata.

“Kita minta kerajaan dan pasukan polis bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Mereka juga meninggalkan mangsa begitu sahaja tanpa membantunya membawa ke hospital biar pun tercedera,” katanya ketika menziarahi mangsa di rumahnya di sini.

Siti Zailah yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat turut melahirkan rasa hairan apabila salinan laporan polis yang diterima mangsa tidak sama dengan apa yang dilapor semalam.

“Dalam laporan itu, mangsa memberitahu anggota polis yang bertopeng menyerbu rumahnya dengan diacu senjata seramai hampir 20 orang, tetapi dalam laporan yang diberi kepada pengadu hanya dua orang sahaja,” katanya. (IH)

depa kata : tu memang kerja depa dah...sepak..tendang...tumbuk...belasah separuh mati.... patu baru tanya dan paksa suruh mengaku...kalau tak ngaku...depa belasah lagi.....
aku kata :....macam tau jer sapa yang buat......

Sambut Hari Raya Ikut Sunnah

Eidulfitri merupakan hari kita bersuka ria dan menzahirkan kegembiraan. Ia membawa makna kembali kepada fitrah. Fitrah maknanya bersih dan yang bersih itu adalah hati yang sudah dididik oleh tarbiah (pendidikan) Ramadhan. Maka dengan erti kata lain, tujuan kita berhari raya ialah bagi meraikan kejayaan kita berpuasa di bulan Ramadhan dalam masa yang sama mengekalkan momentum tarbiah Ramadhan yang mana maqsad (tujuan) utamanya iaitu menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah S.W.T.

Eidulfitri Yang Di Tuntut

Sebagaimana yang ditegaskan bahawa puasa disyariatkan bagi mencapai maqsad taqwa. Maka sambutan hari raya mestilah selari dengan apa yang dituntut oleh syarak. Anas r.a menceritakan:

“ Ketika Rasulullah S.A.W berhijrah ke Madinah, ada dua hari raya yang disambut meriah oleh penduduknya. Maka Baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu dua hari yang lebih baik daripada itu, iaitu Eiduladha dan Eidulfitri. " (Hadis riwayat Abu Daud dan An-Nasa'i)

Jelas di sini, bagi umat Islam bukan ia sekadar satu perayaan, adat atau budaya. Ianya juga bukanlah hari yang direka-reka oleh manusia. Ia merupakan anugerah Allah S.W.T sebagai tanda kasih dan rahmat-Nya kepada semua hamba-Nya yang taat serta ikhlas menjalankan ibadat puasa di bulan Ramadhan. Apa yang menyedihkan kita sekarang ialah segelintir daripada manusia melakukan banyak kesalahan dalam menyambut hari raya. Malah ramai yang tidak mengerti apa sebenarnya tujuan mereka merayakannya. Lebih teruk, kegembiraan yang sepaturnya diraikan dalam suasana ibadah bertukar menjadi menderhakai Allah s.w.t.

Amalan Eidulfitri Mengikut Sunnah

Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal suatu amalan yang disyariatkan. Takbir ini bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) pada malam hari raya pertama dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam mula berkhutbah.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." (Surah al-Baqarah:185)

Lafaz ucapan selamat

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalallahu minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

Meneruskan qiamullail

Jika sepanjang bulan Ramadhan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadhan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam hari raya sahaja. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadhan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnya sesudah bulan Ramadhan.

Memakai pakaian yang indah

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang nipis, menampakkan susuk badan dan bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menjerumuskannya ke dalam kemungkaran. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaum wanita. Sabda Rasulullah S.A.W:

"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, (untuk menarik perhatian) dia adalah (ibarat) penzina." (Hadis riwayat al-Nasaai)

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menarik perhatian lelaki hanyalah khusus untuk suaminya.

Mengerjakan Solat Sunat Eidulfitri

Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Eidulfitri adalah perlaksanaan solat sunat Eidulfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya (pertama) Eidulfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." ( Hadis riwayat al-Bukhari)

Namun, jika anda masuk ke masjid, wajarlah menunaikan solat dua rakaat tahiyyatul masjid. Merujuk kepada hadis di atas, Baginda S.A.W menunaikan solat hari raya di tanah lapang, bukan di masjid Baginda S.A.W.

Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." – (Hadis riwayat Muslim)

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Kiraan setahun adalah setelah mengambil kira 30 hari berpuasa dalam bulan Ramadhan. Ini berdasarkan kepada setiap amalan soleh akan digandakan sepuh pahala oleh Allah S.W.T. 30 hari Ramadhan ditambah 6 hari digandakan dengan sepuluh akan menghasilkan 360 hari iaitu julah hari untuk satu tahun.

Hadis ini menjadi penguat bahawa Syawal yang datang menjadi pelengkap kepada penyempurnaan Ramadhan yang sebelumya kita lakukan dalam usaha mencapai ketaqwaan kepada Allah S.W.T

Terdapat banyak lagi perkara-perkara sunat yang dilakukan ketika menyambut hari raya ini seperti berjalan kaki ke masjid untuk bersolat raya, mandi di pagi raya, dan makan sebelum menunaikan solat raya.

Penutup

Kesimpulannya, Syawal menjadi penerus kepada maqasid puasa dan ibadah-ibadah lain dalam Ramadhan. Maka kita seharunya menyambut hari raya dalam keadaan tunduk, patuh, penuh keinsafan dan bertakwa kepada Allah S.W.T. Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut hari raya Eidulfitri menurut al-Quran dan al-Sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, hari raya yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya

Friday, 19 August 2011

Tika Dia Diam Tak Nampak BODOH, Bila Dia Bercakap Sah BODOH SUNGGUH



Tentera sangkal undi diseleweng

Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin (kanan) bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan "mencemuh" sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.

ATM apolitikal

"Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).

"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.

"Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.

Jelasnya, angkatan tentera sentiasa bersikap apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dahulu dan juga menyokong angkatan tentera.

"Anda perlu sokong kami, akui pengorbanan kami... Tidak kira siapa pun yang perintah, ini sajalah angkatan bersenjata yang ada.

"Jika anda tidak setia kepada kami, bagaimana kami tidak boleh jadi tidak setia kepada anda?" kata Zulkifeli lagi.

Ulasan GB

Mengapa begitu cepat dan biadab Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyelar and menganggap PAS sebagai pengkhianat jika beliau sendiri sudah menyatakan bahawa "Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing"?

Kekurangan apa? Kekurangan untuk tidak dapat bersekongkol lagi dengan penipuan yang dilakukan selama ini? Bukankah itu lebih khianat lagi?

Dan panglima berkenaan juga menyatakan "sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya" bererti sistem pilihanraya yang berjalan kini ada banyak kekurangannya sehingga J/K peringkat parlimen terpaksa dibentuk dan tidak mustahil penipuan undi pos adalah salah satu kelemahan itu. Apabila ada anggota ATM mendedahkan secara jujur dan ikhlas sepatutnya ia disiasat secara komprehensif dan jujur juga. Mengapa panglima ini cepat sangat melatah?

Apakah terlalu besar pangkat seorang panglima tentera hendak "menyerang" sebuah parti yang sah disisi perlembagaan yang mempunyai keahlian 1 juta orang?

PAS mempunyai wakil rakyat yang ramai di Parlimen dan sedang memerintah di dua negeri. Anda perlu menghormati pilihan rakyat tersebut!

Panglima itu kemudian berkata "Anda perlu sokong kami, akui pengorbanan kami". Sejak bila rakyat tidak akui pengorbanan tentera? Yang kami lakukan ialah supaya tentera berkhidmat secara amanah dan jujur, jangan khianat. Apabila ada pihak tentera sendiri mengakui perbuatan khianat di dalam undi bererti pihak tentera sendiri yang tidak amanah dan tidak jujur yang sedang membinasakan masa depan negara. 
 
depa kata : tok panglima ni tak de teloq?.... betoi ka?...
aku kata : hanya bini dia jer yang tau dia ni ade teloq ka tak.... sebab bila dia berakap masa buat PC tu pun mengah macam ade orang cekak teloq dia.... ni nak habaq kat tok panglima ATM ni...hang tu orang amanahkan utk jaga negara ...bukan jaga penyelewengan umno.... elok la hang diam...bila hang bercakap orang terus nampak hang ni tua saja...tak boleh jadi contoh..... bahasa yg paling indah utk hang ni...kurang cerdik la....bahasa brutalnya....b-d-h.....

Wednesday, 17 August 2011

Surat terbuka Tuan Guru Mursyidul Am kepada UMNO dan rakan-rakan SEJAHIL denganya...


    Selagi boleh, saya tidak mahu menyemarakkan pertembungan politik sepanjang bulan Ramadhan. Saya kira waktu yang amat bernilai ini amat sesuai digunakan untuk berzikir, membaca al-Quran dan menghayati maknanya sesuai dengan kemuliaan Ramadhan. Namun, mengambil kira bahawa nama saya disebut berulang kali oleh media massa milik Umno hari ini (16 Ogos 2011), saya ringankan tangan saya untuk menulis sedikit jawapan untuk tatapan masyarakat.
Saya mengira, Umno sewajarnya tidak memainkan isu larangan bacaan al-Quran melalui pembesar suara ini kerana larangan menggunakan pembesar suara di Pulau Pinang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dan tidak ada kaitan langsung dengan kerajaan negeri yang dipimpin oleh DAP. Bagi saya, tidak munasabah Umno mahu ‘mencari balah’ dengan Mufti dalam isu yang tidak ada kepentingan politik. Tapi nampaknya, sangkaan saya agak tersasar. Umno yang saya lihat sudah sampai saat kejatuhannya barangkali akan cuba berpaut dengan apa jua dahan untuk mengelakkannya daripada jatuh terhempas dan patah tulang. Isu yang langsung tiada kaitan dengan kerajaan negeri dipolitikkan. Barangkali, jika tiba-tiba terjaga di tengah malam sekalipun, perkataan yang akan terpancul keluar ialah ‘DAP!’ Dalam isu ini, saya bukan menyokong kerajaan negeri Pulau Pinang, tetapi saya menyokong pandangan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang. Buta maklumatkah golongan ini?
Isu ini sebenarnya sengaja dipolitikkan sehingga menjadi polemik. Saya ingin bertanya kepada Umno, sejak bila mereka beria-ia mahu mempertahankan Islam ini? Sebelum tangan menggapai ke atas, lihat dahulu lantai berpijak. Dasar Umno sendiri ialah kebangsaan dan sekular. Islam tidak pernah ada dalam agenda perjuangan Umno. Justeru, apabila kerajaan Melaka melanjutkan tempoh pusat hiburan beberapa bulan lepas, tidak ada sebarang suara yang menentang daripada Umno. Ada pula yang sibuk mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam. Saya kira, ini sebenarnya satu pengiktirafan terhadap PAS yang telah berjuang sekian lama membela Islam. Barangkali pihak ini ‘tidak tergamak’ untuk menggantikan Umno untuk memperjuangkan Islam. Masakan tidak, bila pula pernah Umno berjuang untuk Islam?

Sesungguhnya Islam itu indah kerana ia diakui sendiri oleh Allah SWT sebagai rahmat. Tetapi sayangnya cara Umno mempersembahkan Islam pada hari ini, saya lihat ia menggerunkan masyarakat bukan Islam. Apa yang tidak diajar oleh Islam, itulah yang diperbesarkan oleh Umno. Manakala apa yang benar-benar termaktub ditidakkan. Bacaan al-Quran di pembesar suara sebelum solat Subuh bukanlah sesuatu yang diajar oleh Islam, jika ia terbukti menganggu dan ada aduan, maka sewajarnya Jawatankuasa Fatwa Negeri mengeluarkan pandangan. Di Kelantan dengan kebanyakan masyarakatnya muslim mungkin tidak mengira ini sebagai satu masalah, tetapi di Pulau Pinang mungkin keadaannya berbeza. Rasulullah SAW sendiri pernah melarang seorang sahabat yang mengangkat suara di dalam masjid untuk berzikir sehingga mengganggu orang lain. Ini disebut di dalam sebuah hadis : اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ فِي الصَّلَاةِ
Yang bermaksud : “"Pernah Nabi Muhammad SAW beriktikaf dalam masjid, lalu baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran atau solat) lalu baginda mengangkat tirai dan bersabda: "Ketahuilah sesungguhnya setiap kamu bermunajat kepada Tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan sebahagian kamu mengangkat suara melebihi sebahagian yang lain dalam bacaan, atau sabdanya: dalam solat". – Riwayat Abu Daud.

Bahkan ini pernah ditegur oleh Ibnu Qayyim al-Jauzi di dalam kitabnya Talbis Iblis. Katanya : وقد لبس إبليس على قوم من القراء فهم يقرأون القرآن في منارة المسجد بالليل بالأصوات المجتمعة المرتفعة الجزء والجزأين فيجمعون بين أذى الناس في منعهم من النوم وبين التعرض للرياء. ومنهم من يقرأ في مسجده وقت الأذان لأنه حين اجتماع الناس في المسجد.
Yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Iblis telah mengaburi terhadap satu golongan dari pembaca al-Quran di mana mereka membaca al-Quran di mimbar-mimbar masjid pada waktu malam dengan suara beramai-ramai yang kuat samada satu juzuk atau dua juzuk lalu mereka telah mengumpulkan di antara menyakiti manusia dengan menghalang mereka daripada tidur dan mendedahkan diri kepada riya’. Dan ada di antara mereka yang membaca al-Quran di masjidnya pada waktu azan kerana pada waktu itulah manusia berkumpul di masjid…” – halaman 3, kitab Talbis Iblis, cetakan pertama 1405H terbitan Darul Kitab al-Arabi, Beirut.

Tidaklah saya ingin memutlakkan pandangan Ibnu Qayyim ini agar diterima semua pihak. Tetapi sekurang-kurangnya sudah ada pandangan dari ulama terdahulu yang menegah untuk dibaca al-Quran dengan kuat di masjid kerana dibimbangi mengganggu tidur masyarakat sekitar. Jika terbukti tidak mengganggu, tidaklah menjadi halangan. Justeru, ia terpulang kepada keadaan setempat dan situasi semasa masyarakat.

Hairannya, judi yang benar-benar dilarang oleh Islam pula nampaknya tidak diendahkan pula oleh Umno. Di Kelantan, kami disaman oleh MCA kerana menghalang premis judi daripada beroperasi dan kes ini sedang disebut di mahkamah. Saya tertanya-tanya, di mana perwira-perwira Umno dalam isu ini? Atau tiba-tiba keris telanjang Ketuanan Melayu menjadi tumpul bila berdepan dengan rakan-rakan di dalam Barisan Nasional?

Saya menyeru kepada Umno, janganlah menjadi tukang solek yang menghodohkan wajah Islam. Islam tertegak di atas hujah, bukan di atas emosi. Apa jua isu, perdebatkan dengan ilmiah bukan dengan provokasi. Sayangnya, saya lihat Umno sangat cenderung untuk menjadikan sesuatu isu sebagai kontoversi kerana dengan talian hayat inilah mereka bernyawa.


Hakikatnya, isu perkauman dan pertembungan agama ini sengaja ditimbulkan untuk mengeruhkan suasana. Umno mengharapkan dengan kekeruhan ini, mereka mampu muncul sebagai juara. Mereka lupa, hasil kerja tangan mereka ini bakal menjadikan suasana lebih tidak tenteram dan menjauhkan masyarakat daripada Islam.
Ingatlah, dalam mengendalikan sebarang isu, ambillah pertimbangan kemuliaan bulan Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang. Jangan dibiarkan lidah berbicara sesuatu yang sudah diketahui pembohongannya kerana dibimbangi ia hanya menggandakan dosa di sisi Allah SWT kerana menodai kesucian Ramadhan. Dan biarlah ia juga boleh menjadi jawapan di hadapan Allah SWT di akhirat kelak.
YAB DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh : 16 Ramadhan 1432H / 16 Ogos 2011M

depa kata : dulu depa kata orang pas ni asyi nak politikan isu-isu agama jer... sekarang?....
aku kata : memang jelas la umno ni parti yang didokongi orang jahil......

Monday, 15 August 2011

BN Menang Kedah Senang.... slogan merapu regim Najib...

Oleh: IZWAN ABDUL HALIM

PRESIDEN PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan tema ‘BN Menang, Kedah Senang’ yang diperkenalkan Umno-BN Kedah selepas 51 tahun memerintah sebagai memalukan.

“Saya difahamkan BN negeri Kedah memperkenalkan tema ‘BN Menang, Kedah Senang’. Tak malu sudah memerintah 51 tahun, baru nak memperkenalkan ‘BN Menang, Kedah Senang’ maknanya selama ini tak senang, 50 tahun lebih,”bidasnya.

Ujar beliau, semasa Kedah diperintah BN, hanya sedikit hasil balak diperolehi disebabkan berlakunya amalan rasuah.

Tetapi katanya, di bawah pemerintahan PAS, Kerajaan Negeri Kedah telah menurunkan cukai tanah hingga dana negeri kekurangan RM50 juta setahun, tetapi menampungnya dengan memperolehi hasil yang banyak dari cukai balak.

Menurut Ustaz Hadi, kemampuan kerajaan membolehkan cukai ke atas rakyat dikurang atau dihapuskan sepertimana juga penghapusan cukai kediaman yang pernah dilaksanakan PAS semasa mentadbir Terengganu.

Terang beliau, kaedah digunapakai adalah dengan menaikkan cukai dari kalangan mereka yang berada, sedang golongan miskin tidak dibebankan.

“Mereka yang kaya tak marah naikkan cukai kerana mereka bayar rasuah semasa BN lebih banyak lagi. Inilah rahsianya,” ujar Tuan Guru.

Mengulas mengenai isu akta hiburan yang disensasikan awal bulan lalu, beliau membidas Umno sebagai tidak tahu beramal sedangkan akta itu dibuat oleh mereka semasa memerintah Kedah.

“Kita membuat pindaan, hiburan dibenarkan orang bukan Islam, hak dia nak berhibur. Yang diizinkan oleh agamanya untuk minum arak, untuk makan babi, itu hak dia yang tidak boleh dihalang dalam pemerintahan Islam. Ini bukan (peraturan) PAS buat, tapi diajar oleh Nabi s.a.w.

“Dalam masa sama, orang Islam tidak boleh masuk ke tempat ini. Kalau orang Islam masuk, kita boleh ambil tindakan kepada premis ini. Adapun yang Umno buat hari ini, orang Islam boleh masuk juga, inilah yang menyebabkan orang Islam tidak boleh jadi contoh.

“Pusat judi terbesar di Asia Tenggara adalah di Genting Highland di bawah Kementerian Kewangan, Umno yang menguasainya. Tidak ada sekatan untuk orang Islam masuk.

“Demikian itu, perkara yang dibenarkan dalam agama bukan Islam, maka ia dibenarkan kepada orang bukan Islam. Sedang, orang Islam mesti menunaikan tanggung jawabnya me ninggalkan perkara haram yang termaktub sama sebagai amanah pemerintah. Malangnya, sempadan itu yang tidak diamalkan Umno,” tempelaknya. –Warta Utara

Sumber: TKO

depa kata : betoi ka bila BN menang esok...rakyat Kedah Senang?
aku kata : sejak bila orang kedah sesah tahap tak boleh makan?.... yang tak boleh makan ialah puak2 elit umno kedah jer.....  

Saturday, 13 August 2011

PULIH DEMOKRASI.... HARAPAN TERAKHIR KEPADA YANG DIPERTUAN AGONG???

PAS menolak alasan “kesilapan teknikal” yang diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam berhubung kontroversi daftar pemilih, sebaliknya mendesak campur tangan Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata, Tuanku Mizan Zainal Abidin perlu menggunakan kuasa baginda ke atas suruhanjaya itu selain mengambil tindakan ke atas pengerusi dan timbalan pengerusinya berhubung isu memanipulasikan butiran pengundi, didakwa pembangkang memihak kepada parti yang memerintah.


Beliau mengecam penjelasan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof semalam bahawa kesilapan-kesilapan yang dilaporkan adalah berpunca daripada masalah teknikal dan maklumat laman web bukan terkini.


Mohamad (gambar) berkata alasan itu tidak boleh diterima kerana wujud begitu banyak kecelaruan dalam daftar pemilih.


“Kami bercakap mengenai ribuan dan ribuan kesilapan, pendaftaran berganda, pemastautin tetap diberikan hak untuk mengundi dalam sekelip mata... begitu banyak.


“Kami juga ada kes di mana seorang pengundi atas nama ‘Kampung Baru’ dan ini bukan kesilapan-kesilapan terpencil... di Selangor sahaja ada beribu-ribu kes,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat parti di sini pagi ini.


Mohamad juga berkata kekurangan yang didedahkan oleh wakil rakyat pembangkang telah menyebabkan keyakinan rakyat terhadap integriti kepimpinan semasa SPR mencecah paras paling buruk.


Keadaan itu kata beliau, boleh menyebabkan keraguan dan rasa tidak puas hati di kalangan pengundi apabila keputusan pilihan raya umum akan datang.


“Jadi kami berharap Agong akan mengambil tindakan ke atas pengerusi (SPR) dan timbalannya yang telah gagal memberi keyakinan kepada rakyat bahawa proses pilihan raya adalah bebas dan adil,” kata Mohamad.


“Jika rakyat menolak keputusan pilihan raya, maka ia boleh menjejaskan keselamatan kebangsaan.


Jadi, mereka yang bertanggungjawab mesti mengambil tanggungjawab penuh dan memastikan bahawa daftar pemilih adalah bersih,” kata beliau.

Mohamad memberitahu PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak akan merungut jika Barisan Nasional (BN) kekal berkuasa ataupun memperoleh lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum, tetapi kemenangan itu perlu diperoleh menerusi pilihan raya yang adil dan bersih.

Beliau juga mengecam SPR yang sentiasa melabel PAS dan wakil rakyat-wakil rakyat Pakatan Rakyat sebagai “pembangkang” dan mahu suruhanjaya itu melihat kesemua parti politik sebagai pelanggannya.

“Khususnya Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar... beliau selalu merujuk kami sebagai pembangkang.


Sebagai sebuah badan bebas, badan yang berkecuali mengendalikan pilihan raya di Malaysia, SPR mesti melayan setiap orang, meskipun dari BN, sebagai pelanggan yang samarata,” katanya lagi.


Pada sidang media semalam, SPR menafikan dakwaan bahawa badan pengurusan pilihan raya itu sengaja membenarkan pemastautin tetap menjadi pengundi yang sah.


Sebaliknya, Aziz berkata, ia hanya kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).


Bagaimanapun jelas beliau, pihaknya difahamkan Pakatan Rakyat telah menyemak semakan daftar pemilih melalui laman web JPN dan bukan Sistem Pengkongsian Maklumat Antara Agensi (Alis) yang datanya lebih lengkap dan tepat.


Justeru jelas, Aziz, pihaknya telah melakukan semakan dengan Alis dan mendapati pemastautin tetap yang didakwa Pakatan Rakyat adalah warganegara yang sah serta layak untuk mengundi.


“Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna.


“SPR bersihkan daftar pemilih hari-hari, ada yang meninggal dunia, ada yang lucut warganegara, ada yang nama bertindan dan sebagainya... kita lakukan semakan hari-hari dan kalau ada keraguan kita akan semak dengan JPN,” katanya lagi.
 
depa kata : macam-macam depa boleh buat untuk menipu rakyat...
aku kata : selama manalah mereka mampu bertahan....sedikit demi sedikit mereka sendiri yang melondehkan keburukan dan tembelang mereka kepada khalayak....  

Monday, 8 August 2011

Politik Malaysia bakal bergoncang sekuat taufan tsunami...

Masyarakat umum negara ini akan melihat bagaimana telatah Najib laki Rosmah dan Rosmah bini Najib beraksi di Mahkamah apabila pihak mahkamah membenarkan barisan pembela Anwar Ibrahim berbual bicara dengan mereka berdua di kandang saksi akan datang... itupun kalau mahkamah itu ade keberanian total dalam menghidupkan demokrasi dan keadilan tulin dalam syistem mahkamah Malaysia. depakataakukata memetik.....

Mahkamah benarkan Anwar temubual PM, isteri 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan dua permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menemubual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bagi perbicaraan kes liwat yang sedang dihadapinya.

NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah (kiri) berkata apabila pihak pendakwaan menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pihak pendakwaan untuk pastikan kehadiran saksi ke mahkamah.
"Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi," katanya.
Bagaimanapun, menurut Zabidin, terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu memberitahu apa-apa dalam ditemubual tersebut.

"Justeru, mahkamah membenarkan kedua-dua permohonan (untuk temubual 15 saksi) termasuk perdana menteri Najib Abdul Razak dan isterinya Rosmah, bekas IGP (Tan Sri Musa Hassan)," katanya.
NONESebelum ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden (kanan) berkata Najib, Rosmah, Musa dan bekas ketua polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Yusof akan hanya ditemubual jika mereka disepina.
Ketiadaan komitmen daripada saksi itu telah menyebabkan peguam Anwar sukar membelannya. Lebih-lebih lagi 71 kenyataan yang dirakamkan oleh polis, sebelum ini, termasuk daripada Najib, Rosmah dan Musa tidak serahkan kepada pihak pembelaan.
Pada 1 Ogos lalu, Anwar memfailkan notis usul kedua di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memohon mahkamah mengeluarkan perintah untuk pihaknya menemu bual 10 saksi alibi.

Senarai terbaru itu membabitkan dua nama berprofil tinggi, termasuk bekas pengarah eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia Mohamad Ariff Abdul Kareem dan ketua pegawai operasi Bursa Saham Malaysia Omar Malek Ali Merican.

azlanDalam permohonan yang difailkan melalui Tetuan Karpal Singh & Co, Anwar juga menamakan dua bekas pembantu rumah kepada Hasanuddin Abd Hamid, pemilik unit kondominium di mana kejadian liwat didakwa berlaku.

Seorang daripada pembantu rumah itu dikenal pasti sebagai Suliati manakala seorang lagi Fitria Dipan.

Pada 26 Julai, Anwar memfailkan satu notis usul memohon pihak pembelaan dibenarkan menemu bual lima saksi, termasuk Najib dan isterinya, Rosmah sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos.
Anwar pada 16 Mei lalu diperintahkan membela diri selepas mahkamah memutuskan bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes liwat itu, adalah saksi yang bercakap benar dan berwibawa.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos, 2008, terhadap pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

VIDEO | 1.20 min


MK

depa kata ; boleh percaya ke mahkamah berani panggil Najib dan rosmah jadi saksi ke Mahkamah?
aku kata : kita tengok dan lihat jer..... tapi aku nak gelak dulu.... kita nantikan episod pucing keliling depa cari alasan supaya keduanya tak terheret ke mahkamah....tunguuuuu

Thursday, 4 August 2011

Hosni Mubarak Dibicarakan Dalam Keadaan Terlantar!!! REGIM UMNO DILANDA KETAKUTAN...

 
Rakyat Bersorak Melihat Ammo Hosni Dibicarakan

Inilah nasib pemimpin yang zalim.setelah digulingkan dalam tunjuk perasaan bulan januari lepas.dia dibicarakan kelmarin di Kota Kaherah dalam keadaan terlantar tidak bermaya. Kesian melihat keadaanya sebegini. Daripada sumber wartawan Sk yang berada di Mesir. keadaan kota mesir  pagi kelmarin lengang kerana mata masyarakat mesir terpaku di depan tv melihat dan mendengar perbicaraan bekas pemimpin mereka yang mereka sangat bencikan ini.

Kedai-kedai minum dan warung dibuka pada pagi kelmarin bagi membuka peluang kepada rakyat untuk melihat perbicaraan bekas-bekas pemimpin mereka. Masyarakat Mesir bersorak booooo apabila melihat bekas menteri dalam negeri, Habib Al Adly dimasukkan kedalam sangkar perbicaraan.

Penonton bersorak booooo apabila melihat suspek utama iaitu Bekas Presiden Ammo Hosni Mubarak di atas troli. Inilah manusia yang paling dibenci oleh masyarakat Mesir. Tiada rasa simpati kepada pemimpin yang zalim kerana perasaan simpati telah ditutupi dengan perasaan benci.

Sudah lama rakyat mesir tertindas oleh kekejaman Ammo Hosni ini, rakyat ditindas, ulama dipenjarakan, kepimpinan yang penuh dengan korupsi. Rampasan hak-hak rakyat dan pelbagai lagi kejahatan yang dilakukan oleh bekas pemimpin mereka ini, sehinggakan rakyat bangun menuntut kebebasan dari cengkaman rejim Ammo Hosni ini. Akhirnya keegoan Ammo hosni runtuh dek kebangkitan rakyat.

Sekarang Ammo Hosni ini dibicarakan oleh mahkamahnya sendiri. Mahkamah yang digunakan dahulu bagi menghukum sesiapa sahaja yang menentangnya. Sekarang terimahlah balasannya wahai Ammo Hosni.Mana kekuasaan kamu? mana keegoan kamu? kamu hanya berada di bawah sekarang. Hanya terlantar kesakitan. Kuasa rakyat telah menghukummu. manakah kawan kamu? adakah mereka dapat menolongmu ketika ini?'

Inilah kuasa rakyat. Kuasa rakyat kuasa keramat. Bagaimana dengan negara kita? Sk rasa negara kita masih dipimpin oleh manusia yang tidaklah sezalim rejim Ammo Hosni ini. tetapi jika dibiarkan mungkin pemimpin kita akan bertambah zalim mengalahkan Ammo Hosni. Sk tak mahu lihat pemimpin kita menerima nasib seperti nasib Ammo hosni ini. Tetapi jika berlaku apakan daya kan?

Sumber rujukan:Wartawan Sk dan Egypt Today

TV9 hina ibadah sahur ?....

KUALA LUMPUR 4 OGOS : Belumpun kontroversi iklan Ramadan 8TV yang memaparkan 'ketiak' seorang wanita Cina reda kerana didakwa berbaur perkauman dan membuat stereotaip berdasarkan bangsa, iklan Ramadan TV9 pula dipertikaikan.

Kali ini, Pemuda PAS Selangor mendakwa iklan berkaitan ibadah sahur di TV9 itu secara terang-terangan menghina dan terpesong daripada maksud sebenar ibadah di dalam agama Islam.

“Hasilnya menyebabkan iklan tersebut tidak menepati maksud sebenar ibadah di dalam Islam dan menjadi bahan tertawa masyarakat,” kata ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan yang dipetik Harakahdaily.

Katanya, pemuda PAS sangat berasa kesal kerana mutakhir ini banyak pihak yang cuba untuk menonjolkan kebaikan ibadah di dalam Islam secara buah fikiran mereka sendiri dengan tidak merujuk kepada orang yang arif dan alim dalam Islam.

Iklan berkenaan mengisahkan dua orang yang berjiran, seorang lelaki dan seorang perempuan, telah bersaing secara bersungguh-sungguh memasak makanan untuk persediaan sahur.

Pada penghujung iklan itu memaparkan bahawa si lelaki yang juga DJ Hot fm, AG tidak sempat bersahur kerana azan subuh telah berkumandang. Manakala jiran perempuan itu pula sedang membasuh pinggan dan berasa gembira kerana yakin si lelaki itu tidak sempat bersahur.

“Sikap yang ditonjolkan di dalam iklan tersebut juga sangat biadap apabila menunjukkan bahawa jiran tetangga bersaing kepada perkara yang tidak sepatutnya dan seronok apabila jiran tetangganya tidak dapat menunaikan ibadah,” kata Hasbullah.

Menurut beliau, ibadah bersahur itu sendiri disebut oleh Rasulullah SAW bahawa terdapat keberkatan di dalamnya dan menjadi pembeza kepada amalan berpuasa penganut agama lain.

Katanya, sedangkan dalam Islam, jiran tetangga mempunyai hak untuk dihormati dan tidak boleh disakiti walaupun mereka bukan Islam.

Sehubungan itu, pemuda PAS, mendesak TV9 supaya menarik balik tayangan iklan berkenaan dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam di negara ini.

“Dewan Pemuda PAS Selangor juga menasihatkan kepada pembikin-pembikin filem, iklan dan sebagainya merujuk dahulu kepada orang-orang yang alim dan pakar berkenaan dengan hukum Islam sebelum membuat sesebuah filem, iklan dan sebagainya,” kata Hasbullah.TVS

Monday, 1 August 2011

Alhamdulillah Dr Harun Din & Ustaz Azizan Stabil.Moga-Moga Cepat Sembuh

Ustaz Azizan yang menerima rawatan jantung di IJN dilaporkkan stabil oleh wartawan SK di sana.Menurut Wartawan SK yang berada disana Menteri Besar kedah itu yang mengidap darah tinggi stabil sekarang dan masih menerima rawatan.

SK mendoakan kedua-dua pemimpin tinggi PAS ini cepat sembuh dan kembali menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin.

depakata : Tuan Guru Dr Haron Din dan Ust Azizan kini ditahan di IJN ...
akukata : didoakan semoga mereka berdua cepat sembuh...amin...