Saturday, 30 July 2011

Perutusan Ramadhan Tuan Guru Presiden....

Bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) saya mengucapkan selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Bulan kita dijemput menjadi tetamu Allah SWT, menyahut seruan Allah SWT dengan firmanNya yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa. Sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu di kalangan mengikut Nabi-nabi di zaman dahulu, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta’ala”.



Di bulan yang mulia ini, kita dihidangkan oleh Allah SWT dengan rezeki makanan rohani dan jasmani, yang menyuburkan kehidupan kita di alam dunia dan menuju ke alam akhirat. Kita dihidangkan bukan sahaja dengan amalan puasa yang diwajibkan. Pahalanya, berlipat kali ganda tidak terhingga hanya diketahui oleh Allah SWT. Diampunkan dosa dalam masa setahun sekiranya kita menunaikan puasa dengan sempurna mengikut syarat rukun dan adap-adapnya.

Dihidangkan dengan ibadah-ibadah wajib yang telah sedia ada seperti sembahyang lima waktu dilipat-gandakan pahalanya. Disamping ibadat-ibadat yang sunat yang biasa dilakukan dan ibadat sunat yang dikhususkan di bulan Ramadan seperti sembahynag terawih, bertadarus al-Quran. Semua ibadah-ibadah ini ialah untuk membersihkan roh dan menguatkan rohani kita.


Kita dihidangkan juga dengan makanan-makanan jasmani seperti bersahur, berbuka puasa. Di mana makanan sahur dan buka puasa adalah makanan yang dikaitkan dengan puasa. Bukan sebarangan seperti makanan-makanan lain. Ianya, mengandungi keberkatan yang tersendiri.


Inilah ibadat yang merupakan hadiah yang sangat berharga daripada Allah SWT yang wajib kita terimanya. Di mana pulangannya, kembali kepada kita. Allah Ta’ala tidak berhajat kepada apa-apa faedah. Itu ialah sumbangan percuma yang mahal harganya daripada Allah SWT.


Kita hendaklah mengambil kesempatan ini dengan sepenuh-penuhnya. Kemuncak daripada ibadat yang kita tunaikan sepanjang sebulan. Sekiranya dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka, kita mencapai matlamat dan tujuan yang dinyatakan oleh Allah SWT.


Sifat “taqwa”, kepatuhan kepada Allah SWT sehingga menjadi sifat yang tertanam di dalam hati yang membentuk peribadi kita. Mengerjakan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang merupakan penentuan, martabat, harga diri manusia. Kerana Allah SWT meletakkan harga diri manusia bukan dengan keturunan, warna kulit, harta benda tetapi dengan ukuran ketaqwaan kepada Allah SWT.


Firman Allah yang bermaksud; “Wahai manusia, sesungguh kami telah mencipta kamu kepada seorang lelaki dan seorang perempuan. Berbangsa-bangsa, bersuku kaum supaya kamu berkenalan antara satu sama lain. Dan yang paling baik di kalangan kamu di sisi Allah ialah yang paling banyak bertaqwanya kepada Allah SWT”.


Ibadat puasa meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT. Apabila kita sanggup meninggalkan perkara-perkara yang dilarang walau pun perkara yang dihalalkan di masa yang lain. Sudah tentu melatih diri kita untuk meninggalkan perkara yang dilarang sepanjang hidup kita. Sekiranya kita bersedia meninggalkan makan minum, meninggalkan hubungan antara lelaki dan perempuan atau suami dan isteri. Yang diizinkan oleh Allah SWT dibulan Ramadan, yang menjadi keperluan naluri manusia rukun hidup. Kita sanggup melaksanakan perintah Allah SWT dengan penuh kesabaran, dengan penuh keimanan. Percaya kepada janji Allah SWT. Maka, melatih diri kita menjadi seorang yang sungguh bertaqwa kepada Allah SWT. Ini merupakan suatu natijah yang sangat penting daripada keimanan seseorang itu kepada Allah SWT.


Di sinilah juga, Allah memilih dibulan yang mulia berlakunya peristiwa-peristiwa yang besar yang menguji umat Islam dalam menjalani kehidupan dunia sebelum bertemu dengan Allah SWT. Allah Ta’ala memilih dibulan ini diturunkan al-Quran Karim yang menjadi kitab petunjuk kepada umat Islam. Yang membeza antara perkara yang betul dan perkara yang salah.


“Bulan Ramadan yang diturunkan baginya al-Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia dan yang membezakan antara perkara yang betul dan perkara yang salah”.


Oleh kerana berlakunya pertembungan di antara perkara yang benar dengan perkara yang salah. Maka, Allah Ta’ala memilih berlakunya perang Badar di bulan Ramadan. Peperangan yang memaksakan Nabi SAW dan para sahabatnya yang kecil jumlahnya, yang kurang kelengkapannya berdepan dengan musuh-musuh Islam. yang menegakkan kebatilan, kezaliman dan kejahatan.


Walau pun mereka tahu benarnya Islam. Baiknya diri  Nabi SAW, tidak ada kesalahan dan dosa yang dilakukan. Melainkan kerana melaksanakan perkara yang baik yang diperintah oleh Allah SWT. Perkara yang jahat, itu pun disanggah dan ditentang habis-habisan. Memaksakan berlakunya pertembungan secara bersenjata di bulan Ramadan. Yang menentang itu di kalangan bangsa Arab, keluarga Nabi SAW.


Peristiwa yang sangat menguji perasaan hati nurani umat Islam yang dipimpin oleh Nabi SAW. Allah Ta’ala pilih peristiwa yang menyayat hati berlaku di bulan Ramadan. Mereka yang sanggup meletakkan Islam perintah Allah mengatasi segala kepentingan yang lain. Sanggup melakukan peristiwa Badar ini.


Maka Allah memberi keistimewaan kepada mereka yang terlibat dalam perang badar dengan firmanNya mengikut riwayat hadis Qudsi yang bermaksud, “Hai, ahli Badar buat apa yang kamu mahu lakukan. Aku ampunkan dosa-dosa kamu”.


Keistimewaan yang diberikan oleh Allah kepada ahli Badar kerana mereka menjadi orang beriman sebenarnya. Yang sanggup sabar menghadapi ujian. Adalah menjadi suatu hikmat yang besar Allah pilih peristiwa ini berlaku di bulan Ramadan.


Marilah kita mengambil kesempatan ini bukan sahaja membentuk peribadi dengan mengerjakan ibadat yang diwajibkan dan disunatkan. Dalam masa yang sama kita membuka minda kita dengan mengkaji, mempelajari dan memahami kisah-kisah yang berlaku di bulan yang mulia ini. Supaya kita meninggalkan bulan yang mulia ini dengan keadaan menjadi orang Islam dan orang yang beriman yang sebenarnya dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.


Sekian, selamat berpuasa.     


Dato’ Seri Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

Ramadhan bulan BERSIH persiapan hadapi pilihanraya lawan Umno-BN.

PERUTUSAN RAMADHAN 1432_1.flv

Friday, 29 July 2011

Bolehkah umno jadi contoh?

Umno gagal tunjuk teladan Islam

SUNGAI PETANI, 30 Julai: Umno yang selama ini mendakwa kononnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebenarnya, gagal dalam merealisasikan hasrat menggunung mereka untuk memperjuangkan Islam.

Walaupun telah begitu lama mentadbir negara, slogan Islam yang diperjuangkan oleh mereka menjadi nostalgia dan kenangan kerana tidak berjaya untuk mempraktikkan apa yang dilaungkan sejak menerajui kepimpinan negara.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri padang awam, Taman Bandar Baharu, Sungei Lalang, di sini malam tadi.
Menurut beliau lagi, Umno tidak menjadikan parti mereka sebagai sebuah parti contoh yang boleh diteladani dalam memberi kefahaman kepada bukan Islam.

"Umno juga gagal untuk meyakini rakan mereka seperti MCA, Gerakan, MIC, PBS dan komponen bukan Islam yang lain untuk memahami konsep Islam yang dibawa oleh mereka.

"Apabila PAS cuba menyatakan kebenaran dengan menunjukkan teladan yang baik dan menjadi tuntutan syariat, Umno akan menentang walaupun mengetahui kebenaran yang ada, " ujarnya lagi.

Beliau juga berkata, dalam tempoh singkat pemerintahan PAS dan PR di Kedah, usaha bagi mengekang maksiat dan kebatilan turut dibantah oleh Umno dan BN.

"Kenapa semasa PR perintah, hendak sekat umat Islam dari melakukan maksiat di tempat-tempat hiburan atau melalaikan, Umno yang didakwa memahami Islam, hendak menyekat usaha yang menjadi tuntutan ini.

"Sepatutnya Umno yang meluluskan enakmen hiburan tersebut pada tahun 1997 semasa memerintah dulu, menyokong untuk kebaikan umat Islam sendiri, bukannya menentang.

"Soal agama tidak harus dipolitikkan demi fahaman sempit yang menunjukkan kedangkalan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenarnya," tambahnya lagi.

Jelasnya lagi, PAS adalah sebuah parti yang mampu untuk mengorak langkah membawa perubahan dalam pilihan raya umum yang akan datang, bukan saja kepada seluruh rakyat negara ini, malah mampu membawa reformasi dalam sistem pemerintahan negara. sumber

depa kata : umno la ni memang dah haru biru pastu kata kat orang yg huru hara...
aku kata : jenis umno ni mana boleh buat contoh sejak azali lagi...

Umno lebih berbahaya dari Wahabi?

BUKANKAH UMNO LEBIH BAHAYA DARI WAHABI?

28 Sya'ban 1432 H | 29 Julai 2011

Keghairahan UMNO melalui agensi Majis Keselamatan Negara (MKN) membuat tuduhan mengaitkan Wahabi dengan pengganas bukanlah sesuatu yang baik untuk negara.  

Wahabi yang diasaskan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab mempunyai perbezaan dalam perkara furu', bukan soal penafian prinsip Islam. Kerana itu, ia diterima dan dianuti oleh kerajaan Arab Saudi dan beberapa negara lain.   Arab Saudi, sekurang-kurangnya telah melaksanakan hukum hudud, Qisas dan Takzir, akan tetapi Malaysia masih terkial-kial mencari formula mengatasi masalah jenayah dalam negara.

UMNO dalam sejarahnya pernah mengeluarkan kenyataan yang menghina hukum syarak, memperlekehkan sunnah nabi, menganggap negara akan mundur kalau melaksanakan Islam, bahkan lebih teruk dari itu, ada sebilangan pemimpin UMNO pernah menganggap politik suku agama suku.   Fahaman sekular yang dianuti oleh sebahagian pimpinan tertinggi menyebabkan Islam hanya ditadbir sebagai satu jabatan, bukan sebagai satu sistem kehidupan manusia.

Bukankah ini bukti fahaman UMNO yang berdasar sistem pragmatisme sebenarnya jauh lebih bahaya dari Wahabi?

Tuduhan mengaitkan beberapa tokoh agama dengan pengganas bukanlah perkara baru, bahkan ianya selaras dengan anggapan Amerika Syarikat terhadap gerakan Islam.   Cuma yang agak menghairankan bilamana ulamak Muda UMNO juga tergolong senarai pengganas.  

Apakah Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengenakan mereka di bawah Ordinan darurat, sebagaimana nasib enam aktivitis PSM yang sehingga kini rakyat tidak tahu apa jenis ancaman yang mereka bawa kerana menyokong Bersih 2.0?   Kerana kalau benar ulama muda Umno ini ada kaitan dengan pengganas, bukankah ia sudah pasti menjadi ancaman kepada keselamatan negara?

Sehubungan itu, saya bersetuju dengan pandangan bekas mufti, Dr Asri Zainul Abidin agar 40 ulama muda Umno ini menyemak kembali penyertaan mereka dalam UMNO. Tidak terfikirkah bahawa apabila ulamak Umno pun dicop sebagai pengganas, bukankah ini bermaksud pemimpin mereka lebih hebat lagi?  

Tapi, apa yang nak dihairankan, inilah Umno. Bagi mereka, kerja lanun merompak wang negara dengan membunuh karier politik musuh dalaman atau luaran mereka adalah satu kerja yang halal dan wajib dilaksanakan asalkan kuasa politik mereka terjaga.
depa kata : wahabi tu sesat dan pengganas dan pelampau...
aku kata : dulu pun aku kata wahabi ni pelik...bila aku mengkaji dan memahami apa dan siapa tu WAHABI...yang aku temui adalah sebaliknya....mereka ni adalah pejuang2 sunnah dan beramal dengan al-Quran dan hadis2 sohih serta ijma dan qias.... serta tidak mengenepikan mazhab selagimana pendapat sesuatu mazhab itu selari dengan sunnah dari hadis2 yang sohih dan mereka ni menolak semua amalan yang tiada sumber dalil yang sohih dan yang beramal dengan hadis2 doif serta maudu'.....salah kah mereka?.... siapakah yang mula2 melebelkan WAHABI ini sesat dan melampau sebenarnya?...tidak lain adalah ....... perbahasan lanjut insyaallah akan menyusul kerana penulis sekarang sedang mengkaji dan membaca rujukan dari sumber2 yang sohih terlebih dahulu agar khalayak mendapat sumber yang sohih sahaja......

Hanya orang yang bersalah sahaja yang takut dengan "CELUP JARI"

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Datuk Seri Najib cuba hendak mengalih isu konon pembangkang akan tolak apa sahaja yang kerajaan buat. Dengan andaian jika kerajaan perkenal celup jari maka pembangkang akan tuntut biometrik. Ini satu tuduhan yang liar dan cuba mengalih isu yang sebenar, kerana penipuan perjalanan pilihanraya semakin terserlah.

Beberapa keraguan penggunaan biometrik,

1. Penggunaan biometrik bukan boleh menyelesaikan masalah pengundian dua kali, ia hanya hendak mengesahkan kad itu palsu atau tidak. Ini bukan isu dan tuntutan Bersih.

2. Apakah data di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR telah dibersihkan. Berapa ribu orang yang sudah mati masih ada di dalam daftar pemilih. Apabila ditanya kepada SPR, mereka menjawab kerana waris tidak beri surat mati menyebabkan nama di dalam daftar masih ada. Jika zaman kecanggihan IT, SPR gagal untuk on line dengan Jabatan Pendaftaran Negara apa yang hendak diharapkan senarai pemilih yang bersih.

3. Apa jaminan sistem biometrik yang boleh di on line serentak dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada hari pilihanraya. Adakah kemampuan, pengkalan data dapat berfungsi dengan baik. Cuba bayangkan sekarang guru-guru Kementerian Pelajaran Malaysia yang sibuk untuk isi markah secara on line mengalami masalah kerana kelembapan serve Kementerian Pelajaran. Bilangan guru lebih 500 ribu sahaja. Cuba bayangkan bagaimana fungsi biometrik untuk hendak menampung keperluan pada hari pilihanraya yang hampir 10 juta pengundi.

4. Ada setengah jari tidak boleh dikesan melalui alat tersebut. Apakah ini bukan satu penginayaan kepada rakyat yang berhak untuk mengundi. Mereka akan dinafikan hak mereka kerana alat tersebut tidak boleh diakses di jari mereka.

5.Apakah mampu biometrik digunakan di kawasan pendalaman terutama Sabah dan Sarawak yang masih tidak ada kelengkapan letrik.

Sebenarnya kenapa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib takut hendak menggunakan celup dakwat. Hanya orang salah sahaja yang takut mengguna celup dakwat yang terbukti ekonomik dan telus untuk mengatasi penipuan. Perlu diingatka kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib dan SPR zaman hendak menipu rakyat sudah berlalu.


Ustaz Idris Ahmad
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadhan 1432

Alhamdulillah.... marilah kita terus berdoa agar kita sempat masuk ke dalam bulan ramadhan tahun ini serta berazam untuk patuh dan taat kepada segala perintahnya dan meninggalkan segala laranganNya.... hiasilah ramadhan tahun ini dengan amal ibadah  agar kita tidak tergolong dalam golongan yang berpuasa tetapi tidak mendapat apa-apa melainkan lapar dan dahaga sahaja.... semoga ibadah puasa ramadhan kita tahun ini lebih baik dari tahun-tahun lalu...amin..