Wednesday, 27 April 2011

Lu ape hal nak suruh Ayah Chik tolak pencalonan sebagai Presiden PAS?...

Ni satu lagi saranan yang boleh mendatangkan marah...dengan menggunakan isu kekalan PAS mengekalkan kerajaan terengganu, kekalahan PAS dalam PRN serawak dan sebagainya maka Tok Guru Hj Hadi wajar dipersalahakn 100 peratus dan wajar diganti? 

selain itu mamat tu berkata lagi " Hadi pula jangan lah bermain kata-kata, kononnya tidak mahu menjadi presiden selama-lamanya dan bersedia dicabar. Bukannya beliau tidak tahu bahawa budaya parti politik di Malaysia ialah, sekiranya presiden tidak menolak pencalonan, maka tidak ada harapan perubahan akan berlaku" more.... apa maksud dia berkata macam tu?....  walaupun dalam tulisan awalnya dia seakan memuji kehebatan TGHH namun diakirnya dia menyalahkan TGHH dan sebijik macam kenyataan wak aziz bari tu.... mu tu duduk luar dan tak pun bersama kami...so mu tau ape?...mu sendiri kata mu hanya beberapa kali jer hadir dan bertemu TGHH di luar negara dah banyak akai nak atur organisasi orang lain....banayk cantik?...
budak ni tak lain hanya nak keruhkan lagi suasana dan sengaja nak cari glamor utk publish diri sendiri dan yg keduanya kenapa perlu naikan nama Husam dan Nizar?...apakah keduanya cukup bagus dan cukup hebat?.... apakah kerana kalahnya PAS di terengganu tu sebagai ukuran bahkan dalam masa yang sama pun kerajaan kelantan bertahan hanya dengan majoriti 1 kerusi sahaja dan semua kerusi yang PAS menang di negeri selangor, pahang dll itu tak mau jadikan isu juga ke?.... umum mengetahui bagaiman gairahnya BN menggunakan pengundi hantu di terengganu dan di tempat-tempat lain demi meraih kemenangan total mereka....tu mu tak nampak ke? ke nak salahkan TGHH juga?

apakah kerana TGHH tu sering berjubah dan berbaju melayu serta mengekalkan serban itu tidak layak untuk memimpin rakyat negara ini dan tak layak jadi PM atau TPM ? hujah mamat ni sebiji macam hujah BN masa mula2 Tok Guru Nik Aziz jadi MB Kelantan tahun 1990 dulu...

dia kata lagi " Demi memastikan PAS boleh terus mara ke hadapan, Hadi wajib segera mengumumkan bahawa beliau tidak mahu mempertahankan jawatan Presiden dan menolak semua pencalonan. Hanya dengan cara itu sahaja akan berlaku pertandingan sihat yang akan membolehkan wujudnya sebuah PAS baru".... masalahnya siapa yang mempromosikan PAS BARU NI?..... dan jelaslah mereka ni dari kelab penyokong dan penganut fahaman erdogan dalam PAS.... yang memang sentiasa khilaf dengan TGHH sebagai Presiden PAS....

depa kata : ayah chik kena tolak pencalonan sebagai presiden sebab boleh menghalang perkembangan arus politik PAS baru....

aku kata : banyak cantik mukan hang..... cermin dulu muka tu sebelum nak menyibuk bagi pandangan yang bersifat sampah yg busuk lagi membusukan....

Monday, 25 April 2011

DHPP sokong TGHH dan Ust Nasa.... takkan ASWJ nak sokong penyokong syiah dan ulama kepala lutut kot ?....



Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Pusat hari ini meminta ahli-ahli PAS mengekalkan gandingan pimpinan Presiden Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa pada pemilihan Muktamar Tahunan parti Jun depan. Timbalan Pengerusi DHPP Pusat Balasubramaniam berkata, kami yakin gandingan Hadi dan Nasharuddin mampu membawa perubahan tatkala parti sedang menginjak ke usia 60 tahun penubuhannya.

“Tiada pemimpin lain yang mampu dan setanding yang dapat menggantikan kepimpinan Hadi sebagai Presiden PAS buat masa ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, “kami yakin beliau (Hadi) dari sudut kepimpinan adalah seorang yang layak. Beliau juga seorang pengaman dan membawa perubahan baru apabila tertubuhnya DHPP pada tahun lalu.

“Kalau dulu PAS hanya terbuka kepada orang Islam kini mereka beri ruang kepada orang bukan Islam untuk turut serta dalam parti ini.

PAS kini sudah ada kesedaran…..maka tiada orang lain mampu ganti Hadi,” tambahnya.

Mengenai kepimpinan timbalannya, beliau berkata, “Nasharuddin pula kurang publisiti ke atas beliau……namun itu tidak menidakkan kepimpinan beliau sebagai orang nombor dua selepas Hadi.

“Dua pemimpin ini sesuai untuk terus kekal dan berganding bahu sebagai presiden dan timbalan presiden bagi menerajui parti dalam menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

Balasubramaniam berkata walaupun ahli-ahli dalam DHPP tidak terlibat dalam sebarang pencalonan dalam kepimpinan baru, namun beliau menasihati pimpinan agar menggunakan platform dalam Muktamar ini untuk membawa hala tuju parti ke arah lebih baik.

Beliau berkata “pemimpin PAS patut hindari diri mereka dari perebutan jawatan dalam parti walaupun saya tidak nampak perkara seperti ini berlaku.
“Orang-orang bukan Islam percaya dan menyokong kepimpinan sedia ada dalam PAS. Namun saya berharap agar pemilihan dalam Muktamar kali ini menggunakan cara yang baik dan jangan berebut jawatan,” ujar beliau.
Katanya, “namun ia terserah kepada ahli….jika ada keperluan untuk menukar pemimpin, maka ia perlu diganti. Cuma saya harap pimpinan PAS mampu membawa DHPP lebih jauh dan tidak abaikan kami seperti yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

Hadi yang mula menerima kritikan ekoran kepimpinannya sebagai presiden PAS semalam mengalu-alukan calon-calon lain bagi mencabar beliau bagi jawatan nombor satu tersebut.

Dalam satu kenyataannya semalam, beliau berkata tindakan itu bagi membuktikan keterbukaan parti itu dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

Hadi mengulas tindakan PAS Kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa bagi mencabar Presiden PAS itu pada Muktamar PAS ke-57 pada Jun depan. sumber

depa kata : Tok Guru Presiden tu dah jadi liability kpd PAS...ust Nasa pulak macam tak sesuai jer duduk kerusi no dua...so kena bagi orang syiah le baru sesuai agaknya.....

aku kata : kami tetap menyokong Tuan Guru Presiden dan Ust Nasa sebagai gandingan no 1 dan no 2 disamping akan terus dibantu oleh para ulama dari pelbagai usia...geng jim ke irc ke boleh blaaaaaa.... cukup dah korang merosakan tarbiyah haraki pas dari dalam....korang kata nak buat pas reform...sila buat parti baru dok sok dok nyibuk dlm PAS dah...dan yang tidak beriktikad dgn ahlus sunnah wal jamaah pun boleh blaaaaa...kalau joint pas nak buat proksi untuk kembangkan syiah ....pun boleh blaaaa... kami hanya akan menyokong dan wala' kepada kepimpinan ulama sahaja..... yang lain boleh wala' ngan aziz bari jer la...atau orang dibelakangnya.....

Sunday, 24 April 2011

Bila Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Puchong Bersuara...ambik ko...

Bersangka baiklah dengan pimpinan,beban yang ditanggung oleh para pimpinan ulamak kita bukanlah beban yang mampu kita tanggung sebagai ahli.Cerminkan diri kita diperingkat cawangan adakah kita berjaya dalam menggerakkan cawangan dengan landasan gerakan Islam yang syumul, bagaimana persediaan kita menyediakan lapisan pimpinan setelah kita tua, bagaimana anak-anak kita adakah mereka akan menyambung tugasan kita, bagaimana dengan muslimat kita dan bagaimana dengan komponen terpenting iaitu manhaj tarbiyah. Kita perlu menyediakan benih yang baik di cawangan sebelum ianya tumbuh subur untuk menggalas tugasan dan amanah keperingkat yang lebih tinggi lagi samada kawasan,negeri dan pusat.more

depa kata :  khabarnya masa AGM semalam siap ade perwakilan yang bawa keratan dari posting depakataakukata baca sini sebagai bahan kempen saat terakhir untuk memenangkan calon dari proksi erdogan.... dok tanya kat pimpinan siapa depakataakukata....? ko anggap jer aku ni halimunan  dari shah alam yg menghantui erdogan udah le... 

aku kata : tapi aku malas nak kata...aku pinjam kata ketua pemuda hangpa udah le.....Dewan pemuda PAS Puchong juga ingin berkongsi mengenai kisah yang mahsyur iaitu apabila dua sahabat Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar pernah untuk berebut menerima baiah antara satu sama lain selepas kewafatan nabi saw. Umar berkata kepada Abu Bakar “Hulurkanlah tangan mu untuk aku nyatakan baiah” Maka Abu Bakar berkata “Bahkan aku berbaiah pada mu” Umar berkata “Kamulah utama dari ku” Abu Bakar menjawab “Kamu lebih kuat daripad ku” Lalu Umar berkata “Kekuatan ku adalah untuk bersama dengan kelebihan mu” Akhirnya Umar berbaiah kepada Abu Bakar yang menjadi khalifah pertama selepas kewafatan baginda saw.


Gandingan Ulama terus kekal memimpin PAS Puchong

 ( gandiangan tokoh ulama PAS Puchong )

menurut khabarnya mesyuarat agong PAS Puchong yang berlangsung hari ini telah memilih untuk mengekalkan kepimpinan ulama muda untuk terus beraksi dalam senario PAS Puchong walaupun mendapat saingan hebat dari pencabarnya yang juga seorang tokoh jadian.

gandingan ust muhamad sufian ismail sebagai YDP dengan ustaz mohd nasir yusof terus mendapat mandat dari para perwakilan dengan mejoriti 136 YDP dan 135 TYDP adalah suatu yang sangat memberangsangkan sekaligus menenggelamkan watak-watak pencabar di Puchong...menurut sumber antara lain keputusan hari ini adalah daripada kenyataan terbuka seorang yang menggelarkan tuan guru presiden PAS sebagai liability kepada PAS dan PR dan beberapa isu dalaman yang sedang hangat di Puchong.

Tahniah kepada para perwakilan yang terus memberikan sokongan kepada pro ulama untuk memimpin PAS Puchong....Allahuakbar !!!!

depa kata : kita perlu berubah !!!! kena ubah YDP dan ajk sekali....
aku kata : rupanya umpan dan kempen memburukan YDP tak jalan.... last2 depa yang jalan.....

Thursday, 21 April 2011

Tahniah Ayoh Chik...... satu lagi pengiktirafan ikhlas dari cendikiawan islam....

14 April lalu, pihak Universiti Islam Yala (YIU) telah menganugerahkan kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan anugerah Tokoh Alim Rabbani.
Ustaz Hadi yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Ayoh Chik’ merupakan satu-satunya tokoh ulama di luar Thailand dan rantau nusantara menerima anugerah “Tokoh Alim Rabbani” diperkenalkan di Universiti Islam Yala, Patani.
Sehubungan itu, beliau dipakai ‘Jubah Kehormat’ sebagai Tokoh Alim Rabbani oleh Rektor Universiti berkenaan iaitu Dr Ismail Lutfi.
Awang difahamkan, gelaran tokoh tersebut adalah sama taraf dengan Ijazah Kehormat yang diperkenalkan sejak tujuh tahun lalu.
Kebiasaannya, sebelum ini majlis penyampaian diadakan pada upacara hari pertama konvokesyen, namun Senat YIU tidak mahu terkongkong dengan acara akademik semata-mata.
Malah, sebelum ini anugerah serupa diberikan kepada tokoh ulama yang banyak berjasa dalam bidang dakwah di empat Wilayah Selatan Thailand, terutamanya Pengasas Pusat Pengajian Pondok.
Tokoh-tokoh yang pernah menerima anugerah tersebut iaitu Syeikhul Islam Negara Thailand dari Bangkok dan ulama’ terkenal dari Timur Tengah.
Penyampaian anugerah tokoh tersebut diadakan sempena program Multaqa Muslimat yang dianjurkan universiti terbabit di kampus Pattani, baru-baru ini.
Multaqa berkenaan berjaya menghimpunkan muslimat dari seluruh Thailand dan wakil dari Malaysia dan Indonesia.

Pihak penganjur memberitahu kira-kira 25,000 peserta di kalangan muslimat menyertai multaqa tersebut yang diadakan pada 13 dan 14 April lalu.
Rombongan Presiden PAS dan kerajaan negeri Kelantan tiba di kampus tersebut kira-kira jam 12 tengahari disambut ribuan yang hadir.

Turut serta anggota-anggota Exco kerajaan Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Muhammad Fadhli Hassan, Setiausaha Politik Presiden, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Lajnah Hal Ehwal Hubungan Antarabangsa PAS, Mohd Faiz Md Nawi.

Rombongan bertolak dari Kota Bharu menyeberangi jambatan Muhibah di Sungai Golok. Perjalanan sejauh 210 km dari Kota Bharu singgah sekejap di pejabat Majlis Agama Islam Narathiwat dan diadakan pertemuan bersama Timbalan Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Aziz Mamat.

Perjalanan ke Pattani diiringi peronda polis terpaksa melalui perpuluh-puluh sekatan jalan raya oleh tentera dan polis. Kelihatan ramai anggota tentera bersenjatakan M16.

Dekan Fakuliti Sastera dan Sains Kemasyarakat YIU, Prof Madya Sukree Langputeh berkata, pemilihan tokoh tersebut bukan mudah dilakukan Senat Universiti.

Katanya, tokoh yang diberi adalah pendakwah yang benar-benar menjadikan Islam sebagai amalan dalam kehidupan harian.

“Tuan Guru Abdul Hadi Awang merupakan tokoh Islam yang disegani di Asia Tenggara. Beliau menjadikan rutin hariannya menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

“Selain itu beliau juga mengarang banyak buku mengenai agama yang menjadi rujukan umat Islam,” jelasnya ketika membaca biodata Presiden PAS sebelum upacara memakaikan jubah Tokoh Alim Rabbani diadakan.

Pemakaian Mislah (jubah) dilakukan Rektor YIU, Dr Ismail Lutfi dan disaksikan Timbalan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan Thailand, Harapabara, Gabenor Pattani, Nipon Narapitakkul serta peserta multaqa.
Dua aktivis dari Kelantan turut menyampaikan ceramah pada program berkenaan iaitu Adun Gaal, Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan Dr Hafizah Mustaqim dari USM, Kubang Kerian.

Perasmian penutup pada sebelah petang disempurnakan Presiden Pentadbiran Wilayah Selatan, Said Nasir al Yufri.
Malangnya, di tanahair kita Malaysia….‘ayoh chik’ dipandang hina dengan caci nesta oleh pimpinan dan ahli Umno yang ‘bodoh-bodoh’. Siang malam ‘disumpah-seranah’nya.
Dan lebih malang lagi…turut ‘disambut’ oleh puak-puak yang kononnya juga ahli PAS, pimpinan PAS dan penyokong PAS yang memperlekehkan Presiden PAS ini. Hingga timbul pula mutakhir ini, kepimpinan Abdul Hadi perlu ‘ditukar’.
Maka, bertepuk-soraklah puak-puak kabilah Umno-BN. Itu yang mereka mahu dan buat tetapi tidak ‘termakan’. Rupa-rupanya, tanpa disedari orang yang mengaku PAS itu sendiri yang membuka ‘ruang-ruang bodoh’ dan ‘forum-forum tolol’ di internet.
Dan sebenarnya, orang yang memperlekeh serta ‘menyerang’ kepimpinan Ustaz Hadi lambat-laungnya bakal kembali ke pangkuan Umno. Mereka itu, hanya ‘semangat’ duduk dalam PAS dan bukan kesedaran yang hakiki sekali pun dia itu bertaraf Profesor.sumber

depa kata : ayoh chik ni liabiliti kpd PR dan PAS....puncanya sebab aloh di ganu 2004, di prk bagan pinang, manek urai,tenang,merlimau ,kerdau dan PRN serawak...dll... dok supe ngan ust fadzil buta keje....
aku kata : doh mu tu reti sangat ke?...ke guane ?... mu tu duk atas kusi empuk kira uban di kepale dok turun gelanggang pastu mu sedap je ngate ke org dok buat keje....balik awal le mu.....

Presiden PAS Dikritik Ahli Kerana PAS Kalah Di Serawak ?




TEMERLOH, 21 April 11: Lagi Presiden PAS dibela apabila PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak. 
 
“Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS.

“Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata besar kemungkinan kerana Aziz lebih “menyayangi” (menaruh harapan tinggi) PAS serta kegagalan parti dalam beberapa pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak dan didorong dengan kebosanan yang meluap-luap terhadap Barisan Nasional, Aziz telah mengkritik PAS dan Hadi sejurus kegagalan parti untuk menawan sebarang kerusi Dun di Bumi Kenyalang.

“Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain.
“Sebagai seorang yang amat pakar dan matang dalam analisa politik negara, sebagai contoh, beliau tentu faham akan impak politik yang terpaksa dihadapi oleh PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu dan Islam apabila Umno dan BN memainkan isu perkauman, justeru Baru Bian diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.

“Akan tetapi, mungkin kerana kebosanannya kepada BN yang meluap-luap - sehinggakan beliau merasakan bahawa PAS tidak sepatutnya kalah dalam pertandingan ini. Apabila kita tewas, sudah tentu beliau kecewa kerana harapan tingginya pada PAS,” terangnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menjelaskan adalah mudah untuk Tuan Guru Abdul Hadi menjadi tumpuan pengkritik apabila parti tidak dapat mencapai apa yang dihajatkan, namun beliau menasihatkan supaya para pengkritik turut menghargai jasa yang ditumpahkan oleh mereka dalam perjuangan PAS dan memberi cadangan penambaikan agar mereka yang tercedera tidak tersinggung dan mereka yang masih belum hilang kepenatan akan berasa sedikit terhibur.

“Tentulah mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangi sebuah perjuangan tidak akan sama dengan mereka yang membuat ulasan selepas mengetahui keputusan,” katanya.

Tambahnya, penasihat yang baik ialah mereka yang mencadangkan sesuatu sebelum berlaku, dan pengkritik yang mengulas sesuatu selepas berakhir sesuatu pilihan raya dengan menyatakan, ‘sekiranya itu dan sekiranya ini’ walaupun penting, namun sudah tentu tidak banyak membantu jika dibandingkan dengan seorang penasihat.

“Yang pasti kritikan itu lahir kerana keghairahan yang tinggi untuk melihat tumbangnya BN,” ulasnya secara positif. Sumber Harakah hari ini. (IH)

depa kata : Tok Guru Presiden mesti ditentang sebab punca PAS kalah di Serawak....
aku kata : bila masa PAS menang di serawak...bahkan dalam PRN serawak baru ni pun PAS diberi kerusi di tanjung datu yang PAS tak pernah bertanding pun di sana dan langsung takde cawangan pun tapi PAS dapat juga meraih seribu lebih undi.... tu tak kira pencapaian yang baik ke? ade juga yang komplen kata PAS ni sombong dan angkuh sebab di 5 kerusi PAS bertanding di serawak baru-baru ni PAS tak naikan bendera atau logo PKR dan DAP....aku nak tanya...di kawasan PKR dan DAP bertanding tu banyak mane pasang bendera PAS?... bila dah habis modal semua depa nak lagakan.....  memang dah jenis kepala masuk air ni payah.... pastu syaitan datang bagi idea pulak...lagi le jahanam..... awas ...

Wednesday, 20 April 2011

Wak Aziz Bari makin melampau.....

menyorot kenyataan wak aziz bari hari ini , “komen saya mungkin keterlaluan bagi mereka” tetapi bagi mereka yang prihatin tentang perlunya perubahan, komen itu boleh dipertimbangkan.

“Komen saya berdasarkan pemerhatian dan suara yang dizahirkan oleh pemimpin dan ahli parti. Saya tak perlu dedahkan siapa mereka. Itu kerja parti, termasuk Dewan Pemuda Wilayah, untuk menyiasatnya,” katanya lagi
.more

telahan kita sebelum ini ternyata benar...dia bercakap bagi pihak golongan yang sememangnya bermusuh secara diam dengan tok guru presiden dengan mengemukakan pelbagai alasan dan hujjah yang terlalu naif...

keduanya wak aziz bari ni dalam kenyataan balsanya terhadap keritikan pemuda hari ni masih dengan alasan dan hujjah yang selalu digunakan oleh SYAITAN ketika mana menghasut manusia yang ingin melakukan kebaikan... wak aziz bari ni selalu sangat membanding-bandingkan cara dan corak kepimpinan antara tok guru presiden dengan allahyarham ust fadzil noor... wak aziz bari dengan angkuh menyatakan “Fadhil hebat kerana beliau meninggalkan landasan yang hari ini menjadi asas Pakatan Rakyat. Sebaliknya, Hadi mempunyai imej yang berbeza. Walaupun belum ke tahap meninggalkan Pakatan golongan ini sudah pernah mengungkit kedudukan mereka dalam Pakatan,”....

dia ni sebenarnya nak apa dengan pas?...kalau dia bercakap atas kehendak orang lain dalam pas...dan masih tak puashati dengan tok guru presiden .... orang lain juga boleh kemukan hujjah yang lebih kuat untuk nyahkan orang-orang yang selalu buat masalah kepada tok guru presiden pas., tetapi masih menjaga adab dan akhlak jamaie sebab tak mau bertembung sesama sendiri.. dan seperkara lagi dia kena ingat.... allahyarham ust fadzil juga pernah melahirkan kebimbangan jika pas ini hanya dikenali sebagai parti plitik semata-mata dan bukan lagi dikenali sebagai sebuah gerakan islam.... dan sekiranya pimpinan dan orang yang datang berlutut dan bersunggut menceritakan segala permasalahan pas kepada wak aziz bari tu sehingga wak aziz bari boleh kata tok guru presiden sebagai liabiliti.... eloklah dia angkat kaki dan pergilah menyertai parti lain...silalah mendakap dengan PKR atau umno...silakan jangan segan.....

kepada mereka yang dimaksudkan oleh wak aziz bari ada sedikit pesanan yang releven untuk korang...
tok guru presiden pas dah melontarkan bola ke tengah gelanggang, tak ada siapa yang berani ke menyahut cabaran. tok guru presiden dah berjiwa besar dan sanggup melepaskan jawatan presiden pas jika ada yang sanggup mencabar dan mendapat undi dan dapat mengalahkannya. mula sekarang reform boleh le bagi satu nama yang berani, kalau tak berani, baik jadi pelacur dibelakang lorong, khalid samad tak berani ke? jangan hanya berani dibelakang, sebagai pemimpin cerdik menurut kata ularmamak kepalalutut pasti khalid samad kena berani berdepan dengan segala rintangan, tak akan mengulang ulang ayat ayat yang sama seperti aziz bari, profesor pakar perlembagaan sekular.  pakar perlembagaan sekular tak semestinya faham apa itu politik, sekadar melemparkan bola buruk ketengah padang belum mampu disepak kembali, hanya bertuku di depan meja untuk mengolah isu isu. presiden pas mengatakan bahawa dalam pas golongan professional  dan ulama adalah berhak memimpin pas, dengan ini khalid samad berhak bertanding. kalau kumpulan reform tak mampu menolak khalid samad ke depan mereka akan jadi bacul hanya berani menyalak yalak dalam blog, ahli pas ramai yang sudah bersiap sedia untuk mengundi khalid samad.

dalam pas tak akan ada undi penipuan yang selalu dilakukan oleh umno. dalam pas perlukan 2 kawasan, dua percalonan cukup untuk menjadi calon presiden, setelah husam musa menolak cadangan bukit bintang, reform kehilangan idea terpaksa mabuk dulu sementara mencari calon baru,  dengan sokongan aziz bari tak mungkin calon presiden baru pas takut berhadapan dengan perwakilan pas. selepas ini kempen akan berlangsung, abang mat sabu sudah mempersiapkan diri untuk bertanding, facebook mat sabu dah dilancarkan. betapa suburnya demokrasi dalam pas, berkali kali muktamar diadakan. dan setiap kali muktamar pas pusat berlangsung ada suara kaldai yang akan terus berbunyi. masih banyak lagi pas kawasan yang belum bersidang. jangan bercakap selepas muktamar agung kerana terpaksa menunggu 2 tahun lagi. dan 2 tahun lagi boleh dengar lagi ulasan aziz bari. sumber

depa kata ; wak aziz bari kata dia dapat sumber,komen dan sungutan daripada pimpinan dan ahli pas...sebab tu dia buat kenyataan bodoh sebab sememangnya di disokong dari belakang...
aku kata ; memang patutla dia buat kenyataan dan nak sanggah semua orang sebab dia rasa dia hebat...dia bijak..pakar perlembagaan dan pendokong arus kemodenan...dia lupa SYAITAN juga angkuh dan sombong dengan kecantikan dia...asal kejadian dia..kepintaran dia dll....2 x 5 = 5 x 2 = 10

Tuesday, 19 April 2011

AKHLAK KETIKA MENDEPANI KESILAPAN PARA ULAMA

Dr. Talaat Afifi di dalam karyanya al-Ulama baina al-Tauqir wa al-Tatawul telah mengariskan beberapa adab ketika berhadapan dengan kesilapan para ulama. Kesimpulannya saya ingin nyatakan seperti mana berikut:

1. Tidak gopoh menyalahkan ulama.
Kita perlulah menyelidik terlebih dahulu kenapakah seseorang ulama itu mengeluarkan pendapatnya sedemikian rupa. Selepas diteliti, mungkin terdapat alasan-alasan tertentu yang menyebabkan ulama itu mengatakan sebegitu. Keadaan ini bagi memelihara sikap buruk sangka terhadap ulama sehingga boleh menimbulkan fitnah. Kadang-kala wujud segelintir golongan yang tidak memahami dengan jelas pendapat serta hujah ulama itu, maka mereka terus menyalahkan ulama tersebut, walaupun hakikatnya mereka yang melakukan kesalahan dalam memahami sesuatu perkara itu.

2. Membataskan kesilapan ulama.
Jika benar ulama telah melakukan kesilapan, maka kita perlulah membataskan kesilapan ulama itu setakat apa yang menjadi kesilapan itu sahaja dan bukan berlebih-lebihan dalam mengkritiknya. Nukilkan dengan ikhlas kesilapan itu dan menjelaskannya dengan dalil-dalil serta pandangan ulama lain. Pandangan ulama lain perlu diketengahkan memandangkan mereka yang lebih memahami tentang kesilapan seseorang ulama itu.
Kita perlu sedar bahawa kesilapan ijtihad ulama beroleh satu pahala dan jika berbetulan pula memperolehi dua pahala. Oleh itu, elakkan sikap yang melampau ketika berhadapan dengan kesilapan itu. Kadang-kala jika seseorang terlalu membenci seseorang ulama itu, maka dia menganggap tiada langsung kebenaran yang boleh diambil oleh ulama tersebut. Kesilapan ulama dalam ijtihadnya tidak sedikit pun mengurangkan penghormatan terhadapnya.

3. Memberi pertimbangan antara positif dan negatif.
Jika berhadapan dengan kesilapan ulama, kita perlu bertanya diri sendiri, manakah yang lebih baik antara menyebarkan kebaikkan positif atau keburukan negatif? Sesungguhnya terlalu banyak kebenaran dan jasa para ulama jika dibandingkan dengan kesilapan yang mereka tidak sengaja lakukan. Bagaimana pula dengan diri kita yang tidak memberi apa-apa sumbangan terhadap Islam? Bagi mereka yang beriman sudah tentu akan mengambil jalan untuk menyebarkan kebaikkan para ulama dari melaga-lagakan khilaf antara ulama sehingga timbul perpecahan di kalangan umat Islam.

4. Bukan untuk menandingi ulama.
Sebilangan golongan mungkin sengaja mencari-cari kesilapan ulama semata-mata untuk menaikkan imej peribadinya di mata masyarakat. Mungkin anggapannya para ulama sebenarnya tidaklah sehebat mana jika dibandingkan dengan dirinya yang boleh menyanggah pendapat para ulama itu.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Barangsiapa mencari ilmu untuk menandingi para ulama atau mengalahkan orang-orang jahil atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya maka orang itu akan dimasukkan Allah ke dalam api neraka. (Riwayat al-Tirmizi).

Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
Barangsiapa mencari ilmu untuk berbangga dengannya akan para ulama atau untuk berdebat dengannya akan orang-orang jahil atau untuk memusatkan perhatian manusia kepadanya maka orang itu di dalam api neraka. (Riwayat Ibn Majah).

depa kata : ulama ni kolot tak ikut perkembangan semasa dan jumud....
aku kata : orang nak mentadbir atau memerintah bukan guna serban dan jubahnya semata-mata tapi guna akal yang dihiasi dengan ilmu yang diwarisi oleh para Nabi dan ulama-ulama islam yang muktabar....

Pemilihan: Jangan terikut paluan gendang lawan

Tok Guru Presiden Liabiliti Kepada PAS ?...siapa aziz bari?

asal nak menjelang muktamar jer orang yang berlagak pandai ni buat hal....asal dia buat hal jer bermakna muktamar pemilihan nak berlangsung. dah takde kerja lain ke wak aziz bari ni? sapa yang sebenarnya yang suruh dia bercakap melalut ni? dia ni nampak macam menjadi watak pelakon tambahan sedangkan pengarahnya bersembunyi dibelakang tabir untuk melaga-lagakan pimpinan je.

dia berhujah pun macam peniaga pasar malam je...nak kaitkan kekalahan PAS diterengganu 2004 lalu lah...kekalahan kepada kerusi yang tak pernah PAS menang di serawak lah...kekalahan PAS di Tenang, Merlimau, Kerdau dan sebagainya yang memang PAS belum pernah menang dikerusi-kerusi itu dan yang lebih dahsat lagi kerana gagalnya misi 16 September kononya....

dia juga seakan kecewa bila Dato' Husam Musa menolak pencalonan untuk menentang Ayah Chik dalam pemilihan muktamar nanti dan dalam masa yang sama dia juga berkongsi sedih dengan Khalid Samad yang seakan sangat mahukan adanya pertandingan jawatan presiden PAS dalam muktamar nanti...

FZT dalam komenya " setiap kali menjelang muktamar aziz bari akan melontarkan kenyataan yang sama berulang ulang seperti filem charlie chaplin, masih diulang walaupun nampak bodoh dan sememang bodoh, bagi aku senang aje, kalau aziz bari seorang pakar perlembagaan tak semestinya dia pakar dibahagian politik, apa jua ulasannya kepada politik akan menjadi cacamerba, dia seperti telah diskripkan seperti robot. setiap dua tahun menjelang muktamar pas pusat, aziz bari seperti woodpecker dia akan mematuk batang pokok yang buruk. aziz bari akan mengulang ulang kisah lama seperti orang gila talak dengan bini. siang malam terbayang benda yang sama. apa yang dalam fikiran aziz bari tak dapat ditentukan. samada dia sengaja mengulang benda bodoh atau sememangnya aziz bari bodoh dalam politik sebagaimana kajian abu hassan yang menjadi kitab utama kepada geng pengfitnah. apa saja kata kata abu hassan akan menjadi kata kata penamat untuk puak puak bodoh dan bangang. kajian separuh masak tidak sepatutnya dijadikan bahan untuk menyelesaikan masalah dalam parti. dan kajian separa masak ini sepatutnya dijadikan buku lawak sarkis. apabila kajian ini dikeluarkan semua pemimpin pembangkang bercakap hal kejatuhan barisan nasional disarawak dan seperti mana aku cakap kajian ini menakutkan aku.more

kalaupun ade pihak-pihak yang nak sangat rebut jawatan Ayah Chik ni buat la cara baik tak buat tuduhan dan persepsi sampai begitu sekali...bila kita tegur dia kata " ni la orang PAS langsung tak boleh sentuh presiden dan langsung tak boleh tegur !!!"... soalnya ini bukan adab dan caranya.... kenapa dalam keadaan orang semua masih letih lagi dengan kempen PRN serawak...nampak sangat dia ni ada agenda sendiri atau melaksanakan agenda orang lain sebab mulai saat ni semua tumpuan terarah kepada pemilihan dalam muktamar nanti....

wak aziz bari ni pun sama mengong dengan puak2 bukit bintang tu yang begitu jahil tentang adab berorganisasi...dua tahun dulu calonkan Tok Guru Nik Aziz supaya lawan Ayah Chik... sebenarnya semua orang sayangkan PAS dan tak mau lihat PAS jatuh...apatah lagi jatuh kepada puak-puak erdogan yang ramai daripadanya tidak menghidupkan usrah dan tak menyertai tamrin anjuran parti.... bila berusrah pun  mereka buat usrah kempen " hadi must go "... buat usrah pun tak guna silibus dewan ulama...mereka guna silibus mereka sendiri...

bila wak aziz ni kecewa ngan husam dia mula nak tembak dan nak provok agar ada kawasan bangkit dengan mengemukakan calon lain....siap calon pilihan wak aziz ni?...khalid samad ?... Nizar ?... Mujahid ?.. Mahfuz ?.. Kamaruddin Jaafar ?... Syed Azman ?... Salahuddin ?.. atau mungkinkah dia nak Ust Tuan atau Ust Idris Ahmad ? tapi untuk Ust Tuan dan Ust Idris mungkin bukan dalam perkiraan bijak beliau...  sebab dia rasa dia tu hebat sangatlah bila dikenali sebagai pakar perlembagaan dan pensyarah UIAM... pirahhh.....kalau wak aziz ni hebat sangat...letak jawatan macam Ust Nasa dulu pastu lobilah mana-mana kawasan yang masih belum melunaskan AGM mereka untuk mencalonkan dia sebagai presiden....

depa kata : haji hadi must go !!!!
aku kata : korang dulu yg kena pi berambus.....

Sunday, 17 April 2011

isu Allahyarham Ahmad Sarbani : dari bunuh diri jadi kemalangan.....


KUALA LUMPUR – Siasatan polis mengenai punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu disyaki akibat kemalangan.

Siasatan polis terhadap kematian mangsa setakat ini telah siap 60 peratus.

“Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi,” kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.

Antara bukti tersebut adalah seperti kecederaan yang dialami mangsa dan cara lelaki itu terjatuh ketika ditemui polis.

Ahmad Sarbani yang merupakan seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang disiasat SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram ditemui mati di aras satu menempatkan gelanggang badminton di bangunan itu. -kosmo
 
depa kata : dulu kata bunuh diri...la ni kata kemalangan..yang mana satu betoi daaaa?...
aku kata : memang kemalangan tapi punca kemalangan tu nak tau la juga...kemalangan sebab dihumban kah atau dicampakkah..atau dilontarkah atau dan atau..... yang pasti sprm kena bertanggungjawablah.... dulu depa yang kata dia bunuh diri...so kena bertanggungjawablah dengan tuduhan tu...bukan main lepas tangan jer...

PR jangan berpeluk seperti taib mahmud

sekonyong-konyong bini taib mahmud peluk laki tua dia dihadapan mat sembab sebab terlalu suka dengan kemenangan parti mereka masa PRN serawak kelmarin. memang dia berhak peluk atau cium laki tua dia sebab terlalu suka dgn kemenangan itu walaupun mat sembab ngences tengok minah arab yang bergetah dan meletup yang taib mahmud dapat....takpelah taib oiii peluk lah selagi boleh peluk.....

bagi semua komponen pakatan rakyat, kita tak boleh balik terus peluk tubuh atau peluk bini sebab masih terlalu banyak kerja yang perlu kita lakukan sebagai persiapan untuk menghadapi PRU 13 akan datang.

pelbagai persepsi dan postmoterm yang dah dibuat oleh pelbagai pihak yang menilai gerak kerja PR semasa berlangsungnya PRN serawak baru-baru ini dengan pelbagai nada dan persepsi. walau bagaimanapun kita tak boleh ambil mudah terhadap semua cadangan dan kritikan dari sumber-sumber itu kerana ia adalah untuk kebaikan kita bersama.

keberkesanan cara dan bahan kempen perlu kita mantapkan lagi dan yang sangat penting sekali ialah kita jangan terlau lalai dengan angka kerana kebanyakan angka yang dibuat itu berdasarkan pemerhatian secara rawak sahaja bukan berdasarkan cula yang dibuat secara konsisten.

dalam lain perkataan kita jangan mudah confident dengan jumlah ramainya pendengar dan jumlah yang hadir mendengar ceramah dan kempen melainkan gerak kerja bertemu pengundi secara empat mata kita lakukan.

justeru semangat PRN yang lalu wajar kita upgradekan untuk berhadapan dengan mehnah dan tipudaya BN dalam pru akan datang seperti mana Allah dan RasulNya sering mengingatkan kita betapa pentingnya kita berwaspada terhadap tipu daya syaitan sebagai musuh kita yang nyata...

dari sekarang semua jentera parti yang ditugaskan untuk mengurus pilihanraya seperti jabatan pilihanraya kawasan dan cawangan perlu diperkasakan dengan semaksimum mungkin dan jangan leka lagi...kerana regim najib laki rosmah telah melakukan gerak kerja pilihanraya ini hampir 24 jam sehari untuk merampas kembali negeri-negeri yang mereka tewas dan kerusi-kerusi parlimen dan dunyang mereka tewas sebelum ini.

semua anggota PR kena berlapang dada dan jangan hanya menunding jari dan menjadikan individu tertent sebagai kambing hitam untuk diratah dengan caci maki dan dihamburkan kata nista seperti yang lazim dilakukan oleh para blogger yang akal mereka letaknya di kepala lutut....

depa kata : PR kalah sebab takde strategi dan sememangnya BN kuat....
aku kata : bukan takde stategi tapi tak cukup jentera nak laksanakan strategi .... ramai yang jadi pemerhati dari jauh jer dari yang turun membantu gerak kerja kempen......

aku terus berkuasa sampai mampus...padan muka ....

ha ha ha...padan muka ko najib laki rosmah....aku terus berkuasa...aku terus jadi kutua menteri....ko boleh buat ape?...jangan sibuk nak atur urusan orang serawak.... aku lebih tau ape yang patut aku buat...aku belum cukup kaya lagi...anak bini aku pun belum cukup kaya lagi....rakyat aku belum cukup aku zalimi lagi...kesusahan mereka itu adalah bonus bagi aku...ko tau tak?....

menurut depa kata hanya selepas 30 minit sahaja keputusan PRN serawak melam semalam...taib mahmud segera mengaturkan majlis angkat sumpah menjadi ketua menteri serawak untuk sesi seumur hidupnya sedangkan sepanjang kempen baru ni kita dengar bahawa kerusi KM tu akan diganti dengan penyamun yang lain namun bagi penyamun tua ni dia tak akan boleh duduk senang dengan perkhabaran dari najib itu....lantas dia mengatur apa yang telah diatur yang telah kita saksikan semalam...najib laki rosmah pun masih belum kering peluh di ketiaknya ....sumber berita

depa kata : ketua menteri akan diganti selepas PRN ni.....
aku kata : tak sempat depa nak ganti pun...penyamun tua ni dah lantik dirinya sebagai Km untuk sesi sampai mampus.....

Saturday, 16 April 2011

PAS ; sokongan rakyat meningkat...hormati keputusan rakyat..


PAS menghormati keputusan yang telah diumumkan dan akur dengan keputusan itu, walaupun gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada PRN Sarawak Ke-10 tahun ini, termasuk di kawasan-kawasan yang dijangka akan melahirkan anak sulungnya.

Namun PAS sedar dan berbangga dengan pencapaian yang telah diperolehi yang jelas memperlihatkan peningkatan sokongan rakyat Sarawak secara keseluruhan terhadap PAS, sekali gus memberikan petanda masa depan PAS yang cukup baik di Sarawak.

Timbalan Presiden PAS yang juga Pengarah pilihan raya ini, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, peningkatan baik yang diterima oleh PAS amat ketara di Dun Beting Maro yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar, apabila hanya kalah dengan majoriti sekitar 400 undi kepada BN, berbanding PRN Sarawak tahun 2006 sebanyak 800 undi.

Menurut beliau, begitu juga di Dun Tanjung Datu yang terletak dalam kawasan Parlimen Santubung dan Dun Muara Tuang yang terletak dalam kawasan Parlimen Kota Samarahan yang baru pertama kali ditandingi, tetapi turut memperlihatkan sokongan yang amat baik di kalangan pengundi di kawasan itu terhadap PAS.

Katanya, namun PAS amat kesal dengan laporan dan analisis yang dibuat oleh Astro Awani awal malam ini yang amat jauh menyimpang dari kebenaran dengan mengatakan PAS mengalami kekalahan sebanyak 2,000 undi di Beting Maro.

"Laporan dan analisis Astro Awani itu ternyata tak betul. Malah sebenarnya sokongan para pengundi di Beting Maro terhadap PAS ternyata semakin meningkat sehingga hanya kalah dengan majoriti undi yang amat kecil sebanyak 391 undi sahaja," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Walaupun kalah bagi kesemua kawasan yang ditandingi, menurut beliau, perkembangan dari PRN Sarawak Ke-10 ternyata semakin memberikan sinar kepada PAS untuk menempa kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.

"Dengan perkembangan yang baik ini, PAS tidak akan patah semangat untuk melakukan gerak kerja yang lebih baik di Sarawak sama ada dari sudut politik dan sudut-sudut lain.

"Malah, PAS pasti akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi usaha di Sarawak dari semasa ke semasa bagi menghadapi pilihanraya akan datang demi kepentingan rakyat Sarawak termasuk dalam politik dan bidang-bidang lain," tegasnya.

Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pengundi di Sarawak yang telah memilih PAS dalam pilihanraya tahun ini.

"Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada jentera PAS di semua peringkat, sama ada dari kalangan jentera tempatan dan juga jentera-jentera PAS dari luar, yang telah bertungkus lumus berusaha membantu PAS untuk mencapai kemenangan sejak awal kempen hingga hari pengundian.

"Inilah semangat yang PAS mahu dan inilah semangat yang cukup baik yang telah ditunjukkan oleh jentera-jentera PAS dari semua peringkat termasuk dari kalangan jentera tempatan dan jentera-jentera PAS dari luar Sarawak," tegasnya. -HD

depa kata : pas kalah lagi kat serawak....
aku kata : walaupun 100 kali lagi kalahpun PAS akan tetap menyertai pilihanraya selagi itu adalah jalanya.....

Terkini : Keputusan Tidak Rasmi PRN Sarawak Selepas Semua Pusat Mengundi Ditutup

6.04pm: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata DAP hampir pasti mempertahankan Meradong dan mungkin juga merampas Repok dari Supp (kedua-duanya di Sarikei) tetapi tewas di Bukit Raja yang kali pertama ditandinginya.

Bukit Raja mempunyai majoriti pengundi Melayu/Melanau iaitu sebanyak 54.3 peratus manakala pengundi Cina hanya 30.8 peratus. 


6.00pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS gagal merampas kerusi Beting Maro dari BN-PBB.
N24 Beting Maro
PAS - 2,578 undi
BN - 3,014 undi
Majoriti - 436 undi
Undi rosak - 48

Manakala di Sebuyau, calon BN Julaihi Narawi mendahului dengan 2,387 undi. Calon PAS, Adam Ahid mendapat 841 undi manakala seorang calon Bebas hanya mendapat 54 undi.


5.46pm:
Menurut sumber, BN berjaya mempertahankan Balingian, Beting Maro, Belaga, Saribas, dan sedang mendahului di Ngemah, Jepak, Katibas, dan Bawang Assan.
5.44pm: Berikut keputusan tidak rasmi pengiraan awal daripada sumber DAP:

Bawang Assan
DAP - Alice Lau - 1161
BN - Wong Soon Koh - 2723

Dudong
DAP - Yap Hoi Liang - 2082
BN - Tiong Thai King - 2862

Bukit Assek
DAP- Wong Ho Leng - 301
BN - Chieng Boon Tuong 265

Meradong
DAP - Ting Tze Fui - 1969
BN - Ling Kie King - 1170
5.32pm: Pengurus Kempen PKR di Ba'Kelalan, Paul Bian mengesahkan abangnya Baru Bian yang juga seorang peguam berjaya dalam cubaan keduanya bagi menawan kerusi yang terletak bersebelahan sempadan Kalimantan di Indonesia itu.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan pengerusi PKR Sarawak itu mendahului dengan 540 undi dan masih menunggu sebuah lagi pusat undi yang belum dikira. Pusat itu hanya mempunyai sekitar 100 pengundi.
5.30pm: Di Piasau, timbalan ketua menteri, Tan Sri Dr George Chan memberi cabaran hebat kepada calon DAP Ling Sie Kiong.

Daripada saluran 1 di DM Merbau, Chan mendapat 83 undi manakala Ling pula 90 undi manakala undi rosak - 2.
5.27pm: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sedang mendahului di Balingian. Dengan lima pusat mengundi dikira, beliau mendapat majoriti 641 undi.

Taib dicabar oleh dua pupunya, bekas timbalan menteri, Datuk Salleh Jafaruddin, yang bertanding sebagai calon Bebas manakala PKR pula meletakkan ahli perniagaan wanita Suriati Abdullah dari PKR.
5.00pm: Semua 1,748 pusat pengundian bagi pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 ditutup tepat pada pukul 5 petang ini, sementara di beberapa tempat pusat penjumlahan undi, pengiraan telah pun bermula.
4.50pm: Menurut sumber DAP, parti itu sedang mendahuli di beberapa kerusi yang ditandinginya.

Di Meradong daripada 12 saluran yang telah dikira, calon DAP Ting Tze Fui mendahuli lawannya dari Supp, Ling Kie King dengan 800 undi.

Pecahan pengundi di Meradong adalah Melanau: 3.08 peratus, Cina: 56.18 peratus, Iban: 35.60 peratus dan bangsa lain 5.16 peratus.

Di Bukit Assek, selepas peti undi di tiga saluran dibuka, DAP mendahului dengan hanya 26 undi.

DAP diwakili oleh pengerusi Sarawak, Wong Ho Leng yang juga MP Sibu. Beliau dicabar oleh Chieng Buong Toon dan seorang calon Bebas.

Di DUN Bawang Assan, selepas 12 saluran dikira DAP ketinggalan dengan 1,200 undi.

Namun kebanyakan yang dibuka bukan daripada kawasan pengundi majoriti Cina.
Ini dianggap kubu kuat Supp yang dipertahankan oleh calon, Datuk Wong Soon Koh

Bawang Assan mempunyai lebih 65 peratus pengundi Cina.

Di Dudong, selepas 13 saluran dikira DAP ketinggalan dengan 650 undi. Namun seperti di Bawang assan, kebanyakan undi yang dikira bukan dari kawasan peti undi majoriti Cina.

DAP diwakili oleh Yap Hoi Liong dan dicabar oleh calon Supp Tiong Thai King.
4.47pm: Keputusan tidak rasmi dari sumber BN:

Semop

BN: 3134
PKR: 468
Bebas: 280

Saribas

BN: 2,105
PKR: 814
Kedua-dua kerusi tersebut adalah majoriti pengundi Melayu/Melanau dan pada pilihan raya negeri 2006 dimenangi oleh calon-calon PBB.
4.35pm: Menurut satu sumber BN, kedudukan terkini keputusan ialah:
BN: 12 kerusi
Pakatan: 1 kerusi
4.24pm: Di Batang Ai, BN sedang mendahului dengan 200 undi daripada undi yang telah dikira.

Namun hampir separuh lagi undi belum dikira khususnya di saluran yang mempunyai bilangan pengundi yang tinggi khususnya di pekan Lubok Antu.

Ini bermakna PKR masih mempunyai peluang untuk membuat kejutan.
4.18pm: Sumber BN mendakwa kerusi Semop yang mempunyai 8891 pengundi - kebanyakan mereka pengundi Melayu/Melanau - berjaya dipertahankan dengan majoriti 2,712.

BN - 3138
PKR - 426
Bebas - 324
BN juga sedang mendahului di lima kawasan majoriti pengundi Melayu/Melayu - Tanjung Datu, Muara Tuang, Sadong Jaya, Beting Maro, Saribas.
Mereka juga sedang mendahului di kerusi majoriti Iban di Layar.
4.10pm: Di Saribas, PKR tewas di semua 12 pusat undi yang dikira setakat ini. Keputusan sebanyak 10 lagi pusat undi belum diketahui.
Majoriti BN di semua 12 pusat mengundi meningkat berbanding pilihan raya 2006.

Adalah dikatakan PBB mengekalkan kerusi tersebut pada pilihan raya lalu dengan 94 undi kerana menurungkan calon yang tidak popular.

Keputusan awal menunjukkan strategi PBB untuk menggantikan penyandangnya, Wahbi Junaidi dengan calon muda Muhammad Razi Sitam, berjaya meningkatkan sokongan.
3.58pm: DAP berkata mereka hampir pasti mengekalkan kerusi Meradong, yang dimenangi oleh penyandangnya, Ting Tze Fui empat tahun lalu. Beliau kini mendahului dengan 459 undi.

Sebelum ini, dengan angkatan kempen BN, DAP bimbang, wanita berusia 27 tahun itu akan dikalahkan.

DAP - 1,072
Supp - 613

3.53pm:
Sumber PKR berkata BN mendahului dengan 700 undi di Layar dan masih ada beberapa pusat mengundi yang belum ditutup. Adalah sukar untuk mengatasi majoriti BN itu, kata sumber tersebut.

Kawasan majoriti pengundi Iban di pinggir bandar ini adalah kubu kuat timbalan ketua menterti, Tan Sri Alfred Jabu, yang bertanding bagi kali kelapan.

Beliau dicabar oleh calon PKR Stanny Embat.
3.50pm: Menurut MP Serdang Teo Nie Ching, terdapat perubahaan sikap di kalangan pengundi yang kini cenderung menyokong DAP di Repok.

Di satu saluran, pengiraan awal mendapati DAP menang 165 undi berbanding 135 yang diperolehi 135.

“Ketika 2006 (pilihan raya negeri), kita kalah hanya dengan 23 undi,” katanya.
3.48pm: Keputusan tidak rasmi bagi pengiraan awal di Tebedu:
PKR -162
BN - 76
Snap -32
Bebas - 1
Rosak - 1
3.45pm: Sumber PKR berkata BN sedang mendahului dengan 400 undi di Engkilili. Kerusi majoriti pengundi Iban ini dikatakan satu ketika adalah kerusi ‘kelabu’ BN. Dalam pilihan raya ini, kerusi ini ditandingi oleh BN-Supp, PKR, Snap dan calon Bebas.
3.44pm: Baru Bian dalam twitternya menulis beliau sedang mendahului sekitar 300 undi di Ba’Kelalan. Keputusan tidak rasmi:
PKR - 1747
BN - 1270
Majoriti - 477
3.38pm: Keputusan tidak rasmi - Saribas:

BN- 1638
PKR - 601
Majoriti - 1037
3.35pm: Menurut sumber DAP, parti itu sedang mendahului di dua kerusi - Meradong (berhampiran Sibu), Kidurong (Bintulu) - dalam pengiraan awal. Calon-calon DAP adalah penyandang bagi kedua-dua kerusi Meradong dan Kidurong.

Di Bawang Assan, orang kuat Supp Sibu dikatakan mendapat tentangan hebat daripada pendatang baru dari DAP, Alice Lau.
3.33 pm: PAS dijangka sukar membuat kejutan pada pilihan raya ke-10 Sarawak ini. Daripada lima kerusi yang ditandingi parti itu, setakat ini keputusan awal tidak rasmi menunjukkan calon-calonnya masih ketinggalan.

Berikut antara kerusi tersebut:

N 22 Sebuyau (5.20 petang)
PAS - 719 undi
BN - 1,928 undi
Bebas - 44 undi

N03 Tanjong Datu (5.20 petang)
PAS - 223 undi
BN - 954 undi
Bebas - 50 undi

N20 Sadong Jaya (5.45 petang)
PAS - 1,072 undi
BN - 3,949 undi
Bebas - 402 undi
N 15 Muara Tuang (5.20 petang)
PAS - 575 undi
BN - 1,580 undi
N24 Beting Maro (5.45 petang)
PAS - 2,231 undi
BN - 2,804 undi
Majoriti - 573 undi
3.30pm: Meradong - Calon, DAP Ting Tze Fui sedang mendahului calon Supp Ling Thai King. Ini adalah kerusi majoriti pengundi Cina.
Berdasarkan sambutan terhadap ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, BN dikatakan sukat mempertahankan kerusi-kerusi mereka sekitar bandar-bandar utama itu.
Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Kim dalam twitternya menulis DAP juga mendahului di semua enam saluran yang sedang dikira.
3.20pm: Setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului di Tanjung Datu, Sebuyau, Sadong Jaya, Saribas dan Beting Maro.
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan DAP - PKR - PAS pula sedang mengatasi lawan mereka di Krian, Ba'kelalan, Kakus, Tamin, Jepak, Tebedu, Tarat, Meluan dan Bawang Asan.
3.15pm: Sumber DAP pula mendakwa di Bawang Asan, parti itu sedang mendahului 99 undi berbanding 68 yang diperolehi oleh Supp.
3.05pm: Saribas - dilaporkan BN sedang mendahului dengan 872 undi daripada 2000 undi yang telah dikira.
3.01pm: Exco Selangor Xavier Jayakumar, yang berada di Krian, memberitahu Malaysiakini bahawa PKR berjaya merampas kerusi itu.

Katanyanya dengan hanya satu lagi kotak undi yang belum dikira, PKR sedang mendahului SPDP.

PKR - 2,335
SPDP - 1,185
3.01pm: Exco Selangor Xavier Jayakumar, yang berada di Krian, memberitahu Malaysiakini bahawa PKR berjaya merampas kerusi itu.

Katanyanya dengan hanya satu lagi kotak undi yang belum dikira, PKR sedang mendahului SPDP.

PKR - 2,335
SPDP - 1,185
3.00pm: Menurut sumber PAS, keputusan terkini adalah seperti berikut:

N 22 Sebuyau
PAS - 612 undi
BN - 1,409 undi
Bebas - 37 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 127 undi
BN - 636 undi
Bebas - 11 undi
2.46pm: Sumber Pakatan mendakwa ketua PKR Sarawak Baru Bian berjaya merampas Ba'kelalan. Mereka dikatakan sedang mendahului dengan 200 undi manakala beberapa kotak undi yang semuanya di kubu kuat PKR belum dikira.
Semua pusat undi telah ditutup pada jam 1 petang tadi.
2.41pm: Sumber BN mendakwa Semop berjaya dipertahankan parti itu.
Keputusan tidak rasmi:
BN - 8891
PKR - 3546
Bebas - 538
Majoriti - 3008
2.30pm: Di semua kerusi yang ditandingi PAS, pengiraan awal menunjukkan calon-calon BN terus mendahului. Berikut keputusan tidak rasmi:

Tanjung Datu
PAS - 111
BN - 568
Bebas - 11

Sebuyau
PAS - 249
BN - 691
Bebas - 13

Saadong Jaya
PAS - 48
BN 306
Bebas - 27

Beting Maro

PAS - 144
BN - 223
Bebas - 2

Satu lagi kerusi yang ditandingi oleh PAS, Muara Tuang belum ada lagi keputusan.
2.10pm: Menurut sumber BN, PBB juga mendahului di Bukit Saban:

PBB - 89, PKR - 1, Bebas - 0
1.55pm: Di Saribas, BN mendahului dengan 594 undi daripada 1,400 yang dikira.
1.50pm: Menurut PKR, keputusan agak sengit di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR Baru Bian mendahului:

PKR - 596
BN - 525
1.30pm: Menurut BN, PBB mendahului calon PAS di Beting Maro 288 - 144.

12.54am: PKR mendakwa mereka mendahului di pengiraan awal di Layar dan Meluan.

Namun di Saribas, BN mendahului dengan 343 undi daripada enam pusat undi yang telah dikira. Ini hanay 10 peratus daripada jumlah pengundi.

Saribas dikatakan antara kerusi yang PKR mempunyai peluang cerah untuk menang. Pada pilihan raya lalu BN hanya menang dengan 94 undi.
12.49am: Keputusan tidak rasmi lain dari ibu pejabat PKR:

Kakus


PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1

Tamin

PKR - 113
BN - 38

Kedua-dua kerusi itu mempunyai majoriti pengundi Iban.
12.30pm: Ketua PKR Sarawak Baru Bian menghadapi saingan sengit daripada sepupunya Willie Liau di Ba'Kelalan, sebuah kawasan bukit bukau yang bersempadankan Kalimantan di Indonesia.

Ba'Kelalan adalah kerusi paling kecil di Sarawak dengan jumlah pengundi hanya 6,958 orang.

Undi sedang dikira. Setakat ini, keputusan tidak rasmi:

PKR - 245 undi
BN - 223 undi

Malaysiakini

Friday, 15 April 2011

PRN SARAWAK : HATI-HATI BN GUNA SAMSENG UNTUK KAWAL SOGOKAN WANG


"Hati-hati BN guna samseng malam ini untuk laksanakan kerja menyogok pengundi" itu nasihat salah seorang pemerhati politik yang agak berpengalaman tentang Pilihanraya Sarawak.

Beliau yang tidak mahu namanya disiarkan berkata perkara biasa bagi BN menggunakan samseng untuk mengugut dan menyogok pengundi dan mereka akan bertindak ganas jika tugas mereka dihalang.

"Mereka ini kebanyakkannya makan upah, tidak hirau apa kerja kena buat asal upahnya lebat" tambah beliau.

Oleh itu kepada petugas-petugas PR diingatkan supaya sentiasa berhati-hati dan mesti melaporkan apa juga masalah kepada pimpinan. Tugas memantau dan menjaga keselamatan malam ini sangat penting bagi memastikan tiadanya kerja-kerja sogokan dan rasuah BN.sumber
 
depa kata ;...kalau tak bagi rasuah...rakyat tak undi BN...
aku kata : rasuah tu kan haram..." orang yg memberi dan menerima rasuah tu neraka tempatnya.." .sprm kata awas...nanti mati jatuh bangunan.... rakyat serawak kena bijak....depa bagi ambil....tapi undi tetap kpd PR....

Lintas Langsung Grand Finale di Kuching, Miri Dan Limbang !




GAMBAR ATAS MIRI, BAWAH LIMBANG

KUCHING

KUCHING

KUCHING

MIRI BELAKANG STAGE

KUCHING

MIRI

KUCHING

Ini bukan di Tunisia!! Ini bukan di Dataran Tahrir Mesir!! Ini di Bumi Kenyalang!! Bumi Borneo yang dahagakan nikmat sebuah negara milik rakyat !!

Salut kepada warga Sarawak yang berdiri sepanjang ceramah !! Semangat untuk berubah !!

Macam ini punya crowd, BN menipu pun boleh tumbang !!

Tumbang BN!! Tumbang Taib!!

Sampai lah masanya untuk satu kerajaan baru lahir di bumi Kenyalang !!

UBAH SARAWAK !! 
 
depa kata : ramai sungguh orang yg mai nak dengaq dan pastu boleh buat keputusan atas kertas undi esok....
aku kata : tunggu bapak lagi.....pakat pangkah PR le esok....

Thursday, 14 April 2011

Gelombang Kejatuhan Wan Mokhtar Bakal Membadai Taib Mahmud Di Serawak....

Ceramah Pakatan di S'wak terus hangat

Meskipun terus dipulaukan media arus perdana, ceramah Pakatan Rakyat di Sarawak terus menjadi tarikan masyarakat di Sarawak.

NONEDi Sri Aman, lebih 1,000 orang bagi mendengar ceramah DAP oleh pemimpin veterannya, Lim Kit Siang.

Ini dikatakan ceramah terbesar yang pernah diadakan di Sri Aman sejak hari penamaan calon.Selain kehadiran lebih 1,000 orang, majlis itu berjaya mengutip RM8,252 sumbangan daripada penyokong DAP.

Meskipun hujan renyai, hadirin tidak berganjak apabila Kit Siang mula berucap sambil dipayungkan oleh seorang penyokong DAP.

NONEMenurutnya, pertelagahan antara Najib dan Taib membuktikan ketua menteri lebih 30 tahun itu tidak berhasrat melepaskan jawatannya.

"Jika bukan kerana ahli parlimen dari Sabah dan Sarawak, Najib sudah menjadi ketua pembangkang di Parliament. Sebab itu beliau tidak berani memaksa Taib letak jawatan,” kata Lim.

Calon DAP untuk kerusi Kota Sentosa di Kuching, Chong Chieng Jen, juga datang membantu rakannya, Leon Donalad, calon Simanggang. Simanggang adalah kerusi majoriti pengundi Iban yang terletak di bandar Sri Aman.

dap miri ceramah crowd big shotKatanya, pembinaan infrastruktur di Kuching dipercepatkan oleh kerajaan BN setelah pembangkang menawan kerusi Kuching.

"Lagi awak tolaknya (parti pemerintah BN), lagi baik dia akan layan awak.

"Jadi kita mesti bagi tahun BN, kita mahu hospital baru (tetapi) kita juga mahu undi DAP!” katanya merujuk kepada pengumuman Najib berhubung pembinaan sebuah hospital baru, tiga hari lalu.

Ceramah DAP di Miri yang menampilkan calon PKR bagi kerusi Senadin, Michael Teo, pula menarik kehadiran tidak kurang 4,000 orang.

jalan-mendu-story-imagesAntara pencermahnya termasuk pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, timbalan ketua menteri Pulau Pinang, P Ramakrishnan, ahli parlimen Taiping Nga Kor Ming, ahli parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, ahli parlimen Kota Kinabalu Hiew King Cheu dan exco Pulau Pinang Chow Kon Yeow./Malaysiakini

depa kata : BN akan terus mendominasi kemenangan dalam PRN kali ini walau apa cara sekalipun dan berjanji akan tukar Ketua Menteri yang kebuluran harta rakyat tu....
aku kata : komponen PR jangan terlalu over confident sangat takut macam PRU 2004 lalu...teruskan bersama dengan gelombang kebangkitan ini dan manfaatkan sisa watu kempen yang bakal tamat menjelang tengah malam nanti..... hati dan nurani rakyat serawak perlu disantuni untuk mencapai kemenangan ..... tegim taib mahmud ni dah terlalu usang bagi rakyat serawak.... kepada para penyokong PAS khususnya dan kpd semua penyokong PR...padatkan jadual anda pada malam ini dengan melakukan solat hajat dan qunut nazilah serta bermunajat memohon bentuan dari langit agar PAS dan PR akan beroleh kemenangan yang cemerlang menghadai regim taib mahmud dan regim najib laki rosmah ni............ Allahuakbar!!!!!

Seruan Tuan Guru Nik Aziz kepada pengundi Serawak...

Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz, Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan turut berkesempatan mengutuskan Seruan kepada semua Pengundi Sarawak yang bakal mengundi pada 16 April nanti.

Seruan itu adalah satu pengharapan atas sentimen berubah ke arah Sarawak Baru, undilah calon Pakatan Rakyat yang merupakan menifestasi daripada lawatan mesra Tuan Guru ketika menyertai kempen Pakatan Rakyat di Sarawak pada 10-12 April lepas. Berikut merupakan Seruan yang dimaksudkan.

Assalamu’alaikum dan salam sejahtera.

Menemui sekalian pengundi Sarawak budiman. Semoga kita semua berada dalam rahmat Tuhan dan bersedia menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi bagi pilihan raya ke-10 Negeri Sarawak. Sesungguhnya Tuhan telah memberi ingatan kepada kita semua:

Maksudnya: “Pada hari manusia akan keluar berselerak untuk diperlihatkan kepada mereka setiap amalan mereka. Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” 
(surah Al-Zalzalah, ayat 6-8)

Maksudnya: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (surah Az-Zariyat ayat 56)

Justeru mematuhi ingatan Allah ini, kita hendaklah melakukan sesuatu itu dengan niat beribadat, kerana ibadat itu akan mendapat pahala. Pahala pula adalah bekalan untuk kita hidup aman-sejahtera selepas kita mati (berada di akhirat) nanti.

Begitu pula kita kena hendaklah percaya, apabila mengundi itu diniatkan sebagai ibadat, maka ia sama juga dengan sembahyang. Apa yang kita dapat dari sembahyang adalah pahala. Maka mengundi itu juga kita akan dapat pahala. Pahala adalah umpama duit yang yang boleh berjual-beli ketika di alam akhirat (hidup selepas mati).

Apa yang penting, kita hendaklah mengundi calon dan parti yang membawa kebaikan dan membela nasib kita untuk hidup aman-sejahtera. Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat, sama ada dari PAS, DAP dan KeADILan adalah terdiri daripada mereka yang layak untuk dipilih. Ini kerana semua mereka memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua.

Yakinlah, mengundi seorang calon yang layak, pastinya akan dapat berkhidmat dengan baik kepada kita semua. Ia adalah satu amal ibadat yang mulia, dan pasti mendapat restu Tuhan ke arah mencapai hidup yang aman-sejahtera.

Oleh itu, saya berharap agar kita semua dapat melakukan perubahan ke arah membina Sarawak Baru yang menjanjikan keadilan dan kesejahteraan untuk semua rakyat.Terima kasih dan tahniah kerana mengundi calon Pakatan Rakyat––PAS, DAP dan KeADILan.


Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan
Al-Mursyidul Am PAS
 
depa kata : orang serawak kena ngundi BN kalau nak kemajuan....
aku kata : dari dulu korang dah ngundi BN...yang kaya dan yg maju hanya taib mahmud dan koroni2nye aje...so kena pangkah PAS,PKR&DAP untuk rampas balik kekayaan rakyat yg dah depa kebas untuk dikembalikan kpd rakyat Serawak....

BN suruh orang gila kacau ceramah PAS di Serawak....


Pimpinan PAS Selangor menerima tamparan hebat daripada penduduk kampung Putin yang memberi amaran supaya menghentikan ceramah kerana didakwa menganggu keselesaan orang kampung. 

Seorang penduduk kampung yang hanya memakai seluar pendek tanpa berbaju meluru ke arah Yang Dipertua PAS Kawasan Gombak, Ustaz Salehuddin Nasir memberi amaran supaya menghentikan ceramah dengan segera. 

Menurut Ustaz Salehuddin, penduduk yang tidak dikenali itu berkata, "Ini Sarawak bukan Semanjung. Kau berceramah macam orang gila macam mahu sampai ke bulan." 

"Penduduk tanpa baju itu berlari dan terus menerpa saya supaya hentikan ceramah," katanya. Turut berceramah di bilik Gerakan PAS malam itu, Naib Presiden, Salahudin Ayub; Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu. 

Bagaimanapun, beliau sudah bersedia dengan keadaan seperti itu dan menganggap ia merupakan peristiwa Semanjung yang sudah menular ke Sarawak. 

"InsyAllah ini merupakan petanda positif bagi perjuangan PAS kerana orang kampung memberi tindak balas apabila adanya ceramah pimpinan PAS," katanya. Penduduk tersebut ditarik oleh Unit Amal dan jentera PAS Sarawak keluar daripada kawasan tempat ceramah.
 
depa kata : woi...orang gila hang pi kacau sampai orang PAS berhenti dari ceramah...kalau ceramah jer bila nak sampai ke bulan...
aku kata : woi BN... pasai ape hang suruh orang gila kata kalau ceramah bila nak sampai ke bulan...ni aku nak habaq kat hangpa...kalau tak ceramah bila orang nak pandai...bila dah pandai baru boleh naik ke bulan...bodoooo